"Sadaqallahul azim..."
Serentak dengan itu, tangan mengaminkan doa ke muka. Jag kaca yang berisi air Yasin mula diagihkan kepada semua tetamu yang berada di ruang tamu. Dapatlah merasa seteguk dua. Naskah Yasin dikumpulkan dengan bantuan anak saudara belah papa. Bahagian doorgift diuruskan oleh pekerja-pekerja syarikat AM Holding.
Mama pula sibuk melayan tetamu keluarga kerabat tengkunya. Tak menang tangan Hera perhati Sara mengisi lauk ke dalam bekas yang sudah licin. Tapi Hera termangu tak tahu nak tolong apa. Sebab datang-datang je, semua kerja dah beres dibahagi sama rata.
Baru Hera tahu yang selama ini papa memegang gelaran Dato'. Tapi dengar cerita, papa pada awalnya menolak atas sebab tertentu. Lama-kelamaan baru papa berubah fikiran. Itupun dia agak jarang menggunakan gelaran itu di tempat awam. Lebih selesa dipanggil Tengku sahaja di depan namanya.
Dapur kering dituju kaki. Ada penampakan longgokan mangkuk dan perkakas yang hampir terkeluar di sinki. Hera menyingsing lengan baju kurung ke atas. Cawan bancuhan air gula yang sudah habis dicurahkan air paip. Sebelum tangan menggosok papan pemotong dan pisau. Nampaklah juga Hera ni buat kerja.
"Dah makan, Hera?"
Hera berpaling. Tersenyum.
"Not yet, mama. Nantilah tunggu tetamu surut sikit." Hera beralasan.
"Jangan menangis pulak sebab kempunan spagheti bolognese. Kegemaran kamu kan?"
"Seriuslah? Tak perasan pun kat depan tadi?" soal Hera terkejut. Setahu Hera, tiada sebarang tray yang berisi spagheti bolognese ketika Hera melakukan lawatan tak rasmi ke seluruh khemah berjumlah tiga buah tadi. Tak mungkin Hera terlepas pandang.
"Ya... baru sampai tadi. Pergilah tengok sana," kata mama sambil menepuk bahunya.
Hera mengangguk. Tangan yang basah direnjiskan berkali-kali. Pinggan yang terakhir ditempatkan pada tuala yang Hera bentang di lantai bersama pinggan lain. Bila dah kering nanti, baru Hera susun di tempat asalnya.
"Habis siapa nak basuh semua ni?" Mama bercekak pinggang.
"Mama sayang Hera kan? Please..."
Wajah dimimikkan sedih untuk meminta simpati. Seperti biasa, mama pasti kalah dengan mata kosong satu dengan Hera. Artis kan? Sesuailah dengan skil berlakon terpendam tak berapa nak hebat Hera ni. P. Ramlee pun boleh menangis tengok Hera sungguh berbakat.
"Yelah, dah pergi makan," ujar mama seraya menyambung kerja yang tertunda tadi.
Mana tak terkinja-kinja macam monyet Hera dapat makanan. Setengah pinggan polistirena selamat dipenuhi dengan spageti dan setengah lagi dengan dua biji creampuff besar. Dua-dua favourite Hera. Diet punya pasal. Terpaksalah Hera berpuasa makan manis sebulan kerana tak lama lagi akan berlangsung pertunjukan fesyen di bandar raya.
Bukan apa, Hera perlu sentiasa menjaga imejnya sebagai fashionista ikutan ramai. Aspek pemakanan amat penting. Kurangkan lemak dengan cara melebihkan sayur dan protein. Tapi Hera bukanlah main tangkap muat sebarangan diet di Internet. Hera membayar penasihat diet persendirian yang akan mengawasi berat badan dan perkembangan kesihatannya setiap bulan.
"Kat sini ada orang?"
"Duduklah sini, Hera. Macam awak tak biasa dengan saya," pelawa Tengku Laura dengan ramah. Kerusi di sebelahnya ditepuk sebagai tanda untuk menyuruh Hera duduk.
"Hehe... awak apa khabar? Makin hari, makin cantik berseri." Hera memuji. Rindu nak bertepuk tampar dan bergelak ketawa dengan geng gosip bawah tanahnya. Satu-satunya sepupu belah suaminya yang Hera selesa berkawan. Mungkin sebab mereka sebaya ataupun sebab Tengku Laura jenis yang gila-gila orangnya. Tak pilih bulu yang hanya berkawan dengan orang tertentu je macam... faham-faham jelah.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
