"Mana pula aku punya pil ni?"
Sara duduk katak. Laci rak paling bawah ditarik. Kosong. Hanya tinggal beberapa jajan, penyelamat setiap kali dia teringin melantak. Sehingga tak sedar perutnya sudah menelan banyak makanan dalam masa yang begitu singkat. Selepas itu baru nak menyesal. Tergesa-gesa Sara mencapai beg tangannya. Hai, apa kes semua barang dia hilang ini?
Atau...
"Awak cari ni, prinzessin?"
Badan Sara keras seperti boneka. Suara ini... Jayden dah balik? Perlahan-lahan Sara memusingkan badan.
Pil dan berus gigi. Ada. Kat. Jayden.
"Jayden..."
"Explain to me, Sara! Apa yang awak tengah buat? Why are you using laxative?" soal Jayden keras. Matanya tajam seperti helang, tepat ke arah anak mata Sara yang berselindung dengan ketakutan.
"Hold on. I can explain this..." Sara cuba untuk menerangkan keadaan sebenar.
"Terang apa lagi? Enough with your acting, prinzessin! Selama ni saya simpan rahsia. Saya try pujukkan hati untuk fikir yang baik-baik. But... I can't."
Sejak beberapa bulan ini, banyak kali Jayden perhatikan sahaja Sara.
"Yes, you shouldn't. Saya jahat. Saya perempuan jahat." Sara ikut mengangguk. Dia sudah mengecewakan orang sebaik Jayden.
"I never thought this time would come."
Terlalu sukar untuk menggambarkan betapa renyuk hati Jayden apabila melihat semua pemberiannya dibuang begitu sahaja. Segala effort yang diberi hanya sekadar 'sampah' kepada Sara. End up di dalam bakul sampah. Entah-entah persahabatan mereka pun tak membawa apa-apa makna kepada gadis itu.
"And I never thought I would be so brave to tell you this."
Sara berdiri apabila Jayden menghampirinya.
"Is this car yours?" Skrin telefon Jayden talakan kepada Sara.
Sara telan air liur. Sejak bila Jayden ambil gambar nombor plat keretanya? Di rumahnya?
"Jawab." Suara Jayden mengarah berbunyi mandatori.
"Ya, saya punya."
"Awak ada twin? Selain awak, siapa pernah drive kereta awak?"
"Hera."
"Jadi, betullah? Oh bitch, I met the wrong person!"
Terkebil-kebil mata Sara memandang Jayden yang bertindak menghentak kakinya ke lantai. Berkali-kali. Setiap kali itulah hati Sara luluh sekeping demi sekeping. Sepanjang mereka berkawan, tak pernah sekali pun dia nampak Jayden keluarkan air mata. Lelaki itu ialah orang pertama yang memujuknya. Ibaratnya, Jayden tak membenarkan dirinya untuk menangis. Kerana jika dia menangis, siapa yang akan memujuk Sara. Itu kata Jayden.
"What do you mean? Wrong person?" Sungguh Sara tak faham! Ada yang dia tak tahu ke?
"21 Julai. Tepat pada jam 7. 50 malam. Plat SE 19. Peluru dilepaskan bertalu-talu. Perempuan tu takut. Dia bunyikan hon banyak kali. Tapi masa tu kami saling bertembak. I drove toward her car. And boom! Kereta dia terlanggar tiang elektrik."
Nafas Jayden mendesah. Ngeri apabila teringat semula kemalangan pada malam itu. Namun, orang bawahannya lebih cekap membersihkan segala kesan darah. Begitu juga dengan buah peluru yang berterabur di atas jalan sebelum pihak polis datang.
"Apa jadi pada perempuan tu?"
"Dia selamat. Suami dia bawa pergi hospital. Jangan menipu lagi, awak kenal perempuan tu," tekan Jayden.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
