"Are we involving in mitosis?"
"No, why?"
"That's because I've never anaphase with you."
"Argh!!!!"
Jeritan suara pelajar perempuan yang sedang berkumpul di hadapan pagar sekolah nyaring kedengaran. Sanggup berpanas di bawah matahari terik semata-mata hendak menatap wajah jejaka pujaan-Tengku Aydan si mulut manis. Kalau disuruh berdiri semasa perhimpunan, tak sampai setengah jam sudah tumbang. Kaki putus, makeup cair, tulang bengkok, ada sahaja alasan yang diberi.
"Satu lagi rizz, Aydan!"
Tengku Aydan mengangkat kening. "Korang ingat ayat pick-up line aku ni percuma ke? Ini semua high quality tau. Guna otak, bukan ChatGPT!"
"Alaa, satu je lagi."
Tengku Aydan pusing badan sambil gaya macam runway model dengan rambut sikat tengah tak gerak walau angin kuat. Cermin mata Ray-Ban disorong ke pangkal hidung.
"Maybe lain kali jelah, girls,"kata Tengku Aydan sambil kenyit mata.
"ARGHHH!!!!"
Di sisi pagar, Hera dan Sara memandang sesama sendiri. Muka mereka? Tiada ekspresi. Kalau ada lalat lalu pun tak sangkut, sebab terlalu bosan dengan drama Melayu waktu pagi itu. Ish, kerja diorang memang tahu menjerit je ke? Ingat hospital sakit jiwa ke apa?
"Mesti best kan Hera dan Sara. Dapat jadi anak angkat keluarga Tengku Aydan."
Beruntung apanya? Diorang tak tahu lagi perangai sebenar singa kelaparan Tengku Aydan. Dengan budak perempuan lain, bukan main manis lagi mulut menabur gula. Kalau cakap dengan Hera dan Sara, terus berubah 360 darjah. Pandang sikit, macam nak terkam sahaja!
"See? Kau sendiri tahu yang diorang minat kat aku sebab aku handsome, kaya, keturunan diraja. Kau? Anak pungut, janganlah berangan nak duduk sama taraf dengan aku," tegur Tengku Aydan sambil menghampiri mereka.
"Aaa... dia mula dah." Hera hanya pekakkan telinga. Telinganya bagai sudah lali dengan hinaan Tengku Aydan. "Kau cakaplah apa yang kau nak. Aku malas nak layan."
"Ooo... malas nak layan? Siap kau, aku buli kau balik ni!" ugut Tengku Aydan dengan rasa tak puas hati.
Whatever. Hera membalas dalam hati. Masih ada lagi wujud hikayat si pembuli dengan Cinderella di zaman milenium ini. Walau dia yang menjadi mangsa, dia taklah selembik si Elle yang hanya menunggu kedatangan si putera raja.
Hera dan Sara terus berjalan, meninggalkan Tengku Aydan yang masih meroyan. Agaknya tak penat ke hidup Tengku Aydan ini? Ingat Hera kecut perut ke kalau diugut? Apa dia kisah kalau lelaki itu nak buli ataupun tak? Nanti tahulah dia report pada mama dan papa. Baru padan muka buaya darat itu!
"Hoi!" Lelaki itu terjegil mata. "Kau memang nak kena kan, Hera?!"
"Memang nak pun!"
★★★
Suasana hingar-bingar menggamit segenap ruang kelas 5 Alpha. Dengan ketiadaan guru buat sementara waktu, kelas itu berubah menjadi zon bebas - bebas berbuat apa saja kecuali belajar. Ada yang sudah terbongkang di bawah meja sambil membaca komik, ketawa terkekek-kekek menonton TikTok, malah ada yang sedang semangat membawang seperti sesi debat terbuka versi makcik-makcik pasar malam.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
