BAB 39

2.1K 49 3
                                        

Kaki panjangnya berlunjur di simen markas. Nasiblah sebab berkawan dengan tiga ekor bala ini. Dia-dia sekali kena halau.

"Aku ingat kitaorang je kena halau." Teguran berbaur sindiran oleh orang yang bersandar di hujung dinding sana membuatkan Tengku Aydan menoleh. Dia menjegilkan biji mata. Ini pun disebabkan perangai diorang.

"Ingat lawak?"

"Maaflah, aku pun tak sangka jadi macam ni,"kata Harez. Dia garu belakang leher. Isterinya bukan sihat sangat sekarang. Namun selepas mendengar penjelasan Aaron, terus mak buyung itu merajuk. Alih-alih dia di sini, di luar bilik yang kesejukan hanya berbekalkan selimut.

"Dahlah."

"Kau pun diam,"balas Tengku Aydan dingin. Ah, tak kira Aaron ialah bosnya atau tak. Yang penting Aaron berhutang nyawa dengan dia sekarang.

"Fighting won't solve anything. Better for us to find an alternative to get out of this hella things."

"Nak keluar apanya? Masalahnya, bukan kau kena kurung dalam penjara pun. Kalau kau nak keluar, dari tadi kau dipersilakan keluar. Dah tahu diri tu salah, duduk jelah diam-diam. Banyak songeh pulak!" Panas hati Tengku Aydan sambil memukul-mukul sebatang kayu pada bantal. Selepas itu, diri sendiri menjerit kecil apabila kayu tersebut tertunjal ke dahinya.

Durhaka punya kayu! Dia sumpah juga jadi benih pokok semula.

Sofa yang sudah lembik sarungnya dihempaskan badan. Sakit satu badan kerana lama-lama duduk di lantai. Bantal busuk Tengku Aydan rangkul ke badan. Hai, alamatnya tidurlah dia malam ini tanpa bantal peluknya.

Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Hera ya? Sedang tidurkah? Kalau ya, lenakah tidurnya? Masih terngiang-ngiang pertelingkahan isterinya dengan Aaron pagi tadi.

"Dah, jangan merengek lagi. Aku nak tidur tenang-tenang hari ni."

"Eh, aku bos. Kau tidur bawah!"arah Aaron buat-buat marah. Sebenarnya dia tak nak sangat pun tidur di atas. Bukan dia tak biasa tidur di mana-mana.

"Mak kau hijau. Kisah pula aku."

"Nenek kau keturunan mak cik karipap. Kau ingat aku tak duduk Malaysia, aku tak tahu perkembangan semasa?!"

"Aydan..."panggil Harraz dan Jayden dengan serentak.

"Lek eleh. Back up bapak sendiri konon." Meluat betul! Sudahnya Tengku Aydan terus mengalah dan mengheret bantalnya kembali ke tempat dia duduk. Tahulah dia sudah tidak berbapa, nak mengadu pun tiada yang nak mendengar. Merajuklah macam ini.

"Mana ada, aku pun tak ingin sofa tu. Dah bergoyang dari dulu, memang dah sampai masa untuk diganti. Aku yang berat ni duduk, patah terus semua,"ujar Aaron.

"Nak pujuk akulah tu." Macam Tengku Aydan tak kenal. Sudah lapuk trik yang Aaron gunakan. "Ha, Harraz. Aku lupa nak tanya. Sara dah ok tak? Siapa yang rawat dia?"

Kening Harraz bertaut dek keliru. Nyanyukkah rakannya yang dia sendiri memberi kunci untuk diberi kepada Evelyn.

"Evelyn yang rawat dia. Budak tu kan doktor."

"Evelyn?!" Naik satu oktaf nada suara Tengku Aydan.

"Yelah, kenapa?" Pelik pula dengan Tengku Aydan. Apa masalahnya sekiranya Evelyn yang tolong menjaga isterinya. Bukan perempuan itu simpan sijil perubatan yang palsu. Dia sendiri yang mengesahkan sijil APC Evelyn tempoh hari adalah sah.

Tidak pasal-pasal Tengku Aydan lantas bangun. Tergesa-gesa lelaki itu berlari ke lif untuk ke tingkat atas. Dengan seluar besar gedoboh, pantas dia mengetatkan semula cerutan tali pinggang.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang