SATU persatu baju yang tergantung di almari dibelek. Ada yang nampak terlalu formal, ada pula yang macam nak pergi kenduri. Tengku Aydan merengus. Tidak berpuas hati dengan baju yang pertama, terus dilontarkan ke belakang. Baju yang kedua pula diambil. Dia berfikir panjang sambil menongkat dagu runcingnya.
"Nak bawa baju apa eh?" Tengku Aydan menggaru kepala yang tidak gatal. Habis rambutnya kusut apabila diraup kasar berkali-kali. Tergelak melihat rupanya pada pantulan cermin bilik. Sah, memang dia sudah tidak siuman.
Mukanya disebamkan pada timbunan baju. Kaki disepak-sepak ke semua arah sehingga habis semua baju berselerak. Kenapa dia pulak yang kena buat semua ni?
Bukan Tengku Aydan tak pernah pergi ke luar negara. Selalunya semua tugas diberikan kepada pembantu rumah untuk mengemas baju dan keperluannya setiap kali pergi melancong keluar negara. Tapi kali ini berbeza. Semua persediaan diletak seratus peratus pada bahunya.
"Ah, stressnya. Memandai je mama suruh aku kemas baju sendiri. Kau tahu tak baju, aku ni anak orang kaya tapi sekarang aku dipaksa untuk buat kerja bibik aku. Habis bibik buat apa, takkan makan gaji buta je?" Tengku Aydan bermonolog sendiri.
Habis baju yang telah sedia dilipat ditumbuk kuat. Sesi melepaskan tekanan terhadap baju yang tidak bersalah terhenti apabila terdengar pintu bilik ditolak dari luar. Mata Tengku Aydan terus dihalakan ke arah itu untuk melihat gerangan yang tiba-tiba menganggunya pada waktu begini.
"Boleh mama masuk?"
"Err... rasanya soalan tu invalid kot sebab mama dah pun masuk," jawab Aydan selamba. Bibirnya senget ke tepi.
Mama tersenyum, melangkah masuk perlahan-lahan.
"Aydan tengah kemas baju ke?" Lembut sahaja suara mama memasuki gegendang telinganya. Langkah dibawa rapat menuju Tengku Aydan yang sedang duduk katak di hadapan timbunan baju.
"Haah, ada orang tu suruh. Takkanlah Aydan nak bantah pulak." Sengaja Tengku Aydan menguatkan suara pada jawapannya. Biarlah mama tahu yang dirinya panas hati.
"Nak mama tolong tak? Mesti Aydan penat."
Pantas Tengku Aydan menggeleng.
"Tak apalah mama. Aydan boleh buat sendiri. Nanti Aydan lipat sikit-sikit, nanti siap jugak." Baju T-shirt di depannya ditarik. Bahu baju itu dilipat untuk menunjukkan dia sedang sibuk dan tak mahu diganggu.
Mama mengeluh. Risau kerana anak lelakinya memberi layanan yang tidak mesra. Walau hakikatnya, Tengku Aydan memang suka bersendirian. Banyak rahsia lebih suka dipendam dan tak diceritakan pada mereka. Adakah anaknya itu terasa dengannya?
"Aydan... meh sini kat mama." Tangan Tengku Aydan yang ligat melipat baju diraih. Ditarik tangan anaknya untuk duduk di birai katil. Berniat mahu mendalami perasaan yang dipendam satu-satunya anak tunggal lelaki mereka.
"Aydan marah kat mama ke? Ke ada yang Aydan tak puas hati? Cuba cerita dengan mama, sayang," tanya mama sambil mengusap lembut bahu Tengku Aydan. Riaknya masih lagi tenang seperti tadi.
Tengku Aydan hanya diam membisu, tidak membalas dan tidak juga membantah. Mama tersenyum melihat respon anaknya. Genggaman tangan dieratkan.
"Ke Aydan gaduh dengan Harez ni? Tak apa, nanti mama cubit-cubit dia. Berani dia kacau anak kesayangan mama ni." Kedengaran gelakan halus pada hujung ayat.
Tengku Aydan ikut sama tergelak. Terlepas sedikit beban apabila mama tak sambung bertanya hal yang dirisaukannya tadi.
Gembira hati tuanya apabila mendengar respon Tengku Aydan. Sekurang-kurangnya, anaknya tidak mengambil pusing lagi apa yang dikatakan tadi. Takut anaknya sambung merajuk, dia yang susah hati nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
