Awalnya Hera rancang mahu mengajak Yu Xin. Tapi biasalah orang cantik, jarang tak ada boyfriend. Takkan Hera nak menyibuk pula. Karang dia pula yang kena bertanggungjawab sebab Yu Xin jadi anak dara tua.
Jadi, Hera ajak Sara sebagai peneman untuk mencari hadiah hari lahir Tengku Aydan. Lebih kurang dua minggu lagi betul-betul dua hari terakhir dalam bulan Disember. Dengar je Hera nak belanja beg Mini Lady Dior, Sara terus setuju tanpa banyak soal. Dia memang pantang kalau ditawar benda mahal-mahal.
Selama dua jam bertapak di dalam bangunan tiga tingkat ini, sudah hampir dua puluh lebih kedai dilawati. Namun, tangan masih kosong tak menjinjing beg belian.
Bayangkan berterusan jalan dengan perut belum dialas dengan makanan sejak pagi tadi. Berhenti pun sebab nak jenguk apa yang ada kat dalam kedai. Masuk kedai, keluar balik. Bukan disebabkan harga yang tentunya melambung tinggi. Dah nama pun antara pusat beli-belah terbesar di Kuala Lumpur, tipulah kalau semua harga tidak mencekik darah.
Nak mencari hadiah yang kena dengan selera Tengku Aydan memerlukan penelitian. Tak boleh cincai-cincai bak kata seorang manusia bernama Lau Yu Xin.
Hera berhenti melangkah apabila Sara berhenti secara mengejut. Berhadapan dengan sebuah kedai peralatan muzik. Jangan kata Sara nak pau Hera satu set drum yang terpampang di pameran kaca kedai itu. Kempis dompet dia dibuatnya.
"Kakak, kita jenguk kejap kat dalam. Ada benda yang adik nak tunjuk," ajak Sara lalu menarik tangan Hera untuk membuntutinya ke dalam kedai.
"Jangan minta yang bukan-bukan. Hadiah Aydan pun kakak belum beli." Hera memesan lembut.
Peringatan Hera langsung tak diendahkannya. Bersimpang-siur macam ular kena palu dia paksa kaki Hera bergerak. Padahal laluan dalam kedai itu tak sebanyak mana. Adalah rasa semput sedikit sebelum beberapa ketika baru Hera dapat mengambil nafas panjang.
"Gitar?"
"Untuk suami kakaklah. Buat-buat tak faham pulak," terang Sara sekali gus menjawab teka-teki yang bermain di fikiranku. Sempat ketawa kecil meletus di bibirnya.
Hera menggaru kepala.
"Tapi kakak tak pernah nampak dia main gitar sebelum ni. Piano jelah dia main kat rumah tu."
Melayang minda Hera pada sebuah piano elektrik yang letaknya di luar ruang bacaan. Lama dah piano itu menabur bakti kepada Tengku Aydan. Sejak zaman belajarnya lagi. Itu sebab suaminya berat hati untuk membuang piano kesayangan yang dia sudah anggap macam nyawa sendiri.
"Nama pun lelaki, mustahil Aydan tak pandai main gitar. Cuba kakak belikan dulu. Pandai ke tak tu belakang cerita," cadang Sara.
"Betul jugak tu. Tapi kakak still nak hadiahkan dia piano baru." Hera masih bertegas dengan pendiriannya.
Sebagai isteri, Hera perlu memberikan yang terbaik untuk mendapatkan jua apa yang disukainya. Sebagaimana yang Tengku Aydan lakukan untuknya selama ini. Mungkin orang yang baru mengenali lelaki itu akan berkata dia bermulut celupar. Namun seketat-ketat mukanya, tetap dalam hatinya ada taman yang berbunga mekar.
Cold hearted but sweet in action.
"Piano atau gitar?"
"Senang je. Buat apa pilih kalau boleh beli dua-dua? Kan?" Hera jongket kening. Ahaks, ayat dia macam duit itu turun selambak dari langit!
"Ikut akaklah. Yang penting, bukan duit saya. Hehehe."
Hera senyum senget. Dah tahu dah!
"Adik lapar tak? Kalau macam tu, adik turun kat llao llao tingkat 2 dulu. Akak nak bayar jap," arah Hera seraya mengeluarkan telefon untuk mengimbas kod QR di kaunter nanti. Dia jarang pegang duit tunai. Tadi acah-acah je takutkan Sara yang duit dia bawa hari ini dah habis.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
