Langit biru begitu cerah seakan-akan meraikan detik kegembiraan. Begitu baik untuk memulakan waktu pagi yang indah. Suhunya cukup-cukup sahaja untuk memberikan kehangatan kepada penduduk di bumi Scotland. Tanpa hujan. Tanpa panas terik.
Hera menunggu penuh debaran di kerusi. Duduk bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam satu course yang sama. Dari saat ke saat debaran semakin terasa. Mana taknya, ini adalah majlis yang dinantikan setelah penat lelah mereka menempuh pengajian ini.
Kaki Hera menggigil. Bukan kerana angin pendingin hawa siling dewan besar ini yang terlalu kuat. Namun, mengetahui akan sampai gilirannya pula ke atas pentas membuatnya gementar. Serta-merta jantung berdegup laju. Gementarnya serupa seperti kali pertama dia menghadiri konvokesyen pertama.
Hera mengikuti rakan-rakannya ke belakang pentas. Memperoleh angka giliran masing-masing termasuk memakai mortar board pada kepala dan sepasang jubah universiti berwarna pink. Sudahlah dia gila merah jambu! Nasib warna tak tenggelam apabila bajunya di dalam berwarna gelap.
Ambil nafas dulu. Namun, sempat dia melambai kepada Herlyn.
"Love you, mummy!"
"Love you too." Hanya bibir Hera yang bergerak. Flying kiss diberi. Dia tak perlu risau kerana Herlyn dijaga oleh Emilia di tempat duduk pelawat.
Barisan semakin maju ke hadapan apabila seorang demi seorang namanya dipanggil. Dan Hera pun semakin hampir dengan pentas tinggi itu. Penerimaan skrol berlaku sekejap sahaja kerana mereka akan berjalan serentak. Jadi, enam orang akan berada di atas dalam satu-satu masa.
"Congratulation, miss." Salah seorang profesor di bidangnya mengucapkan tahniah. Dia menyerahkan skrol dan sekeping sijil kepadanya.
"Thanks, prof."
Ha, kan Hera dah kata! Semua orang tak tahu yang dia sudah berkahwin. Tapi, dia hanya mempamerkan senyuman nipis. Badan dipusingkan dan badannya menegak ke arah staf yang bertugas untuk mengambil gambar. Hera kenyitkan sebelah mata apabila flashlight menyuluh silau.
Hera terus mendekati mereka yang menunggunya sejurus memulangkan jubah. Herlyn dilihat gigih menendang-nendang kakinya untuk turun dari kerusi. Sambil merungut tentang kaki pendeknya. Dia yang paling teruja sekali.
"Little Hera penat ke tunggu mummy?" Hera duduk bercangkung. Herlyn menghulurkan tangan, meminta untuk didokong.
"Mummy, I am hungry."
Hera ketawa suka. Tertawa tengok Herlyn yang menggelupur kelaparan dalam rangkulan. Namun, masih membiarkan pipinya dicium berkali-kali oleh bibir kecil anaknya.
"Tak makan lagi ke?" soal Hera aneh. Tadi, bukan main dia nampak Emilia belikannya cotton candy yang besarnya menutupi muka. Habis makan entah atau tak. Ini dah minta benda lain pula.
"Anak you baik hati sangat. Just like you, mudah sangat kasihankan orang. Dia pergi beri seorang budak yang menangis tadi." Emilia bersuara walaupun tak memandangnya. Dia sibuk menepek losyen bayi ke muka Ivy.
"Anak mummy baik hari ni?" Kening Hera naik.
"Yes, mummy!"
"Kalau macam tu, lepas ni kita pergi makan. Tapi, Herlyn kena puji mummy dulu."
"My mummy is the smartest woman I ever found in the world! Very genius and intelligent! She can cook, freaking gorgeous and she also proud with her bad singing." Tanpa segan silu, Herlyn meneriak di telinganya aib Hera yang satu itu. "Hehe, is it enough, mummy?" soal Hannan tersengih-sengih.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
