"Mummy, betul ke kita nak balik Malaysia?"
"Ya, sayang. Nanti mummy bawa Herlyn jumpa nenek dengan aunty Sara," janji Hera. Selimut tebal disingkap daripada menutupi badan. Sejuknya begitu terasa biarpun sudah rumah ini telah dipasang heater.
"Yahoo! Nanti dapat jumpa daddy sekali!" Anak itu melompat-lompat keriangan lalu berlari ke biliknya. Tangannya memegang botol susu. "Herlyn masuk bilik dulu. Nak kemas beg. Tak sabarnya!"
Teragak-agak Hera mahu bangun dari duduk. Bahaya betul. Nasib tak terjatuh kalau tersilap langkah. Jubin rumah ini boleh tahan licin. Namun, Hera cuba tenangkan diri dengan bersandar. Mana tidaknya, keterujaannya untuk menemui bapanya benar-benar merisaukan hati.
Sediakah Hera?
Hera menggeleng-geleng. Lambat lagi waktu itu, Hera. Lagi dua bulan.
"Apa kau buat ni, Hera? Membazir masa je fikir." Hera ketuk dahi luasnya. Sekeliling ruang tamu diperhati. Masih bersih dan tersusun barang di tempatnya. Nampaknya tak banyak kerja yang perlu dia buat hari ini.
Dapur kecilnya dimasuki. Kain dibasahkan terlebih dahulu. Penghilang kotoran disembur dua kali pada skrin penyedut asap dapur. Baru Hera gosok kain lembap sedikit lama. Wush, nyah semua nenek moyang bakteria! Berapa lama tak lap ini pun dia tak tahu.
Plastik sampah berwarna biru dikoyak. Sampah yang sudah penuh Hera lapiskan dengan yang baru. Hidungnya dikepit. Dengan bau pampers Herlyn yang hapak, memang tak boleh tahan. Dijulang tinggi-tinggi agar tak begitu banyak menusuk ke dalam lubang hidung.
Hera berlari terkocoh-kocoh ke luar rumah. Sebelah tangan bergelut untuk memutar tombol pintu. Function juga kaki panjang dia ketika ini. Menolak pintu supaya tertutup kembali. Sebelum tu sarung selipar jepun kedai eco dulu!
Luar hujan rintik-rintik. Bila Hera panjangkan leher ke bawah, agak banjir. Longkang-longkang sepanjang lobi penuh dengan air. Jalan punya jalan jumpalah tong sampah. Butang dipicit dan penutup terbuka automatik. Canggih tapi muat sikit je sampah oleh sebab saiznya yang kecil. Dia jalan balik ke rumah.
Hera kecilkan mata. Siapa itu?
Hera terus membesarkan mata.
"Aydan?" Kelopak mata digosok-gosok seakan tak percaya dengan figura yang terkulai lemah di pintu sebelah rumahnya. Astaga, dia buat apa kat situ?!
Tangan Hera yang agak berbau dibasuh dengan air. Syukur ada sinki di aras itu. Dia mencepatkan kaki untuk mendekatinya. Dia duduk berlutut di atas jubin dengan muka risau. Dahi Tengku Aydan, dia tekap dengan belakang tapak tangan. Panas sangat.
Bibir Tengku Aydan yang merekah kering disentuh. Seperti tak minum air seharian. Ngeri Hera lihat badannya yang tak bermaya. Dua hari lepas tak sebegini kurus. Dengan hujan lagi, pasti lelaki itu kesejukan.
"What're you doing, Tengku Aydan? Apa salah saya? Kenapa awak berterusan buat saya rasa bersalah?" rintih Hera sedih menyalahkan diri. Tergamaknya dia membiarkan hidupnya terkontang-kanting. Tak terurus.
Gigih Hera memapah tubuh Tengku Aydan yang jauh lebih berat. Tak mengapa. Berbanding dengan rasa bersalah yang dia tanggung kerana Hera adalah lebih melampau. Didaratkan tubuh itu ke sofa.
Rambutnya yang basah kerana air hujan Hera sisip ke belakang. Mukanya pucat. Berapa lama lelaki tunggu Hera di situ sedangkan dja sudah dua hari berkurung di rumah.
Urusan pergi dan balik Herlyn dari tadika semua diurus oleh Emilia. Namun tak adalah Hera meminta tolong tanpa memberi upah. Dia bukan sengaja, tapi badannya perlukan rehat. Jadi Hera hanya tidur, makan dan buat kerja sepanjang hari.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
