BAB 10

3.3K 86 3
                                        

Hera berdiri di hadapan pintu pagar automatik itu dengan senyuman yang tidak mampu disembunyikan. Senyuman yang terbit dari hati-penuh rindu dan penuh harapan. Senyuman Hera terus mati apabila teringatkan musuhnya sejak azali, Tengku Aydan yang sangat menjengkelkan.

Kelakuan, ekspresi dan percakapan lelaki itu semuanya menyakitkan hati. Tiada langsung ucapan yang baik pernah keluar daripada mulutnya.

"Bismillah..."

Langkah kaki dimulakan dengan ucapan suci kepada-Nya. Dengan harapan, semoga Allah memudahkan perjalanannu sepanjang hari ini. Dalam hati, Hera tidak henti-henti berdoa agar tidak terserempak dengan mamat terencat akal tu. Memang mintak simpang!

Ting....tong.....

Butang loceng automatik rumah banglo itu ditekan dengan hati bercampur baur. Tidak sampai sepuluh saat, pintu utama dibuka perlahan dari dalam. Terjengul figura seorang lelaki tinggi lampai yang sedang berpeluk tubuh di hadapan pintu kayu itu. Lelaki yang berwajah sawo matang itu dipandang dengan rasa geram.

"Kenapa dia jugak yang buka pintu? Rosakkan mood aku je tengok muka kerek dia ni." bebel Hera perlahan.

Aydan angkat kening. "What did you say? I don't hear you."

"Nothing. None of your business surely," bidas Hera tanpa segan silu. Senyuman mengejek terukir di wajahnya, ditujukan khas buat Tengku Aydan.

"Nothing. None of your business surely. Haha...." ajuk Tengku Aydan. Percakapan Hera sengaja diulangnya semula. Namun, versinya lebih kuat dengan nada yang lebih menjurus kepada hinaan tersirat.

Tawa Tengku Aydan pecah. Reaksi lelaki itu mengundang seribu kerutan pada dahi licin Hera. Pahal lelaki ni, dah biul sangat ke?

"Hello? Am I making any joke just now?" tanya Hera hairan sambil memetik ibu jarinya.

Tengku Aydan menggeleng kepala berkali-berkali. Sekarang, dia ketawa pula sehingga ditekan perutnya yang berotot itu. Sekejap geleng, sekejap ketawa.

"Apa yang lawak sangat? Ingat saya buat lawak antarabangsa ke?" Hera sudah bercekak pinggang. Wajahnya merah padam.

Aydan menarik nafas sambil menahan sisa ketawa. "Tak....cuma aku dah tak boleh tahan nak ketawa. Lawak tengok kau boleh tercongok kat depan pintu rumah ni. Pagi-pagi buta pula tu. Ingat dah tak ingat jalan balik rumah dah. Mana tahu dah lupa kat orang tua yang penat besarkan kau orang dari kecil. Apa peribahasa Melayu tu? Aku lupalah pulak. Kacang lupakan biji eh? Pisang lupakan kulit?"

Bulat mata bundar Hera mendengar peribahasa Melayu yang disebut oleh Tengku Aydan. Sekalipun sudah lama menetap di negara orang, takkanlah sehingga peribahasa mudah itu sudah luput daripada ingatan lelaki itu?

"Kacang lupakan kulit. Pff.... kesiannya awak," ujar Hera sebelum terburai ketawa kecil di hujung.

"Shut up! Kau datang ni nak lawat mak aku ke nak mengajar aku?" Tengku Aydan pantas bersuara untuk menutup malu yang terbuku.

"Nak ajar awak. Kalau boleh, nak je 'ajar' awak sampai lunyai. Biar mulut tu kena ganyang dengan lesung batu sikit. Tak habis-habis kutuk orang," balas Hera dengan nada suara yang hanya didengari oleh telinga sahaja.

"Apa kau cakap tadi? Cakap biarlah kuat sikit. Kau simpan emas ke dalam mulut tu? Susah sangat nak buka mulut besar sikit."

Sepantas kilat Hera menidakkan spekulasi Tengku Aydan. "Eh, mana ada saya cakap apa-apa."

Hera menyambung lagi. "Saya tak nak lawat mak awak. Saya cuma nak lawat ibu kesayangan saya je. The one and only my mother that I had now." Perkataan ibu kesayangan itu sengaja diucap kuat. Wajah Tengku Aydan yang menyinga itu dipandang sekilas.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang