BAB 16

2.7K 71 2
                                        

"Nak jalan-jalan mana?"

Suara manja seperti kanak-kanak perempuan yang baru menginjak akil baligh kedengaran dari corong telefon. Bukan, bunyi sahaja serupa. Hakikatnya, orang yang Hera hubungi malam ini ialah wanita dewasa yang sebaya dengannya, namun suaranya sengaja dikecilkan kerana teruja mendengar khabar berita yang Hera bawa.

Hera menyengetkan telinga lebih rapat dengan bahu. Tak selesa untuk berbual dalam keadaan tangannya penuh dengan pakaian tidur miliknya. Baju jalan dan baju tidur kepunyaan suaminya sudah dilipat terlebih awal sebelum Hera mula menguruskan keperluannya sepanjang percutian. Bila tengok beg masih separuh kosong, kepala terus pusing. Banyak lagi nak kena isi ni.

"Langkawi. Tiga hari dua malam jugaklah kat sana. Mama beli tiket untuk kitaorang, tak tanya akak pun," rungut Hera.

"Weh, seronoknya! Last time kita pergi sana 6 tahun lepas masa cuti penggal," kata Sara, tak habis lagi dengan hasrat menggunungnya mahu ikut serta.

Melayang fikiran Hera sebentar terhadap kenangan percutian buat kali terakhir bersama papa sebelum dia menghembuskan nafas meninggalkan mereka selama-lamanya. Seingat Hera, ketika itu mereka bertiga masih berumur 17 tahun jika ditolak enam daripada umurnya sekarang.

"Tak boleh ikut ke?" Sara masih tidak berputus asa untuk memujuknya.

"Urm... macam mana nak cakap eh? Akak bukan tak nak Sara ikut tapi abang ipar Sara tu bukan suka sangat. Sara faham kan?" Suara Hera diperlahankan kepada vokal yang paling kecil kerana bimbang didengari oleh suaminya. Di lubuk hati, Hera berharap sangat Sara boleh bertolak ansur dan menelan kenyataan dengan statusnya sebagai isteri orang.

Keadaan tak akan lagi sama seperti dulu. Jika sebelumnya mereka boleh melepak berjam-jam dan pulang ke rumah lewat malam, sekarang akses itu semakin terbatas. Hera perlu memaklumkan kepada Tengku Aydan tentang keberadaannya setiap kali keluar ke mana-mana.

"Yelah..."

Pak!

Pintu bilik tidur terbuka. Batuk kecil seperti dibuat-buat untuk menyedarkan Hera akan kehadiran Tengku Aydan di situ.

"Sara, nanti kita borak lagi ye. Abang Aydan dah masuk,"

"Okay, kita berbual lagi nanti!" Suara adiknya di hujung sana hilang.

Hera cepat-cepat tamatkan panggilan dan meletakkan telefon pintarnya di atas katil. Jari-jemari terus menyambung kerja melipat, pura-pura tenang walaupun jantung mula berdetak laju.

Langkah Tengku Aydan yang mendekat buat Hera makin gugup. Lelaki itu tanggalkan tali leher merahnya, lalu longgarkan sedikit kolar baju.

"What did you call me just now?" soalnya tiba-tiba, mata tepat meneliti wajah Hera. Nada dia tenang, tapi ada sinis terselindung.

Hera telan liur. "Hah? Saya... saya panggil abang ke tadi?" Mahu sahaja dia menampar mulut nakalnya kerana melepaskan satu panggilan itu sesenangnya meniti di bibir.

"How's your dirty mind react after deeply staring at me, mein engel?" Tengku Aydan senyum separuh-satu senyuman yang buat Hera rasa nak sorok muka dalam bantal.

Soalan mautnya dibiarkan tidak berjawab kerana telinga lebih tertarik untuk merungkai maksud di sebalik dua patah perkataan di akhir. Terus pandangan separa gentar Hera talakan tepat ke arah anak mata Tengku Aydan.

"Mein engel?"

"What?" Suaminya kerut kening.

"What is the meaning of those two weird words? Dah banyak kali saya dengar."

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang