BAB 40

2.8K 49 3
                                        

Ni no ni no!

Siren galak berbunyi. Memenuhi seluruh tingkat bangunan rasmi ICO. Panggilan telefon saling bersambung-sambung seperti tiada penghujung. Semua orang di situ tiada masa untuk berlengah. Duduk pun tak sempat.

Bumi Jerman sekali lagi dikejutkan dengan berita masjid lama di Berlin dibom oleh zionis. Celaka punya musuh Islam! Tak cukup bumi Syria dihancurkan, negara yang selama ini aman damai menjadi mangsa mereka yang seterusnya. Namun tak dihairankan kerana Islam ialah agama minoriti di Jerman. Itu yang membuatkan zionis semakin berani menunjukkan taring.

Syushh...

Bunyi air berderu laju menyentuh jubin. Aaron menyimbah air ke kaki. Tangan membawa air mengalir ke seluruh kaki termasuk juga celah-celah jari. Memastikan tiada bahagian yang tak terkena air.

Mengapa air pada pagi ini rasa sejuk, namun ajaibnya kesejukan ini begitu menyelesakan kulit muka. Rasa liang-liang kulit segar. Adakah kerana selepas ini mereka dalam perjalanan untuk menempuh detik yang tak disangka pengakhirannya?

Ataupun Allah merestui jalan mereka?

"Aaron, everyone is here."

Aaron keluar daripada lamunan. Memandang Tengku Aydan yang terpacak di muka pintu bilik air sembahyang.

"Okay, I'm coming." Dia batuk. Boleh pula dia berangan waktu-waktu begini.

Musolla yang dibina cukup-cukup memuatkan keseluruhan anggota tetap yang berjumlah 120 orang sudah penuh dengan orang. Anggota lain hanya solat dari rumah. Kerana sebentar lagi mereka akan berkumpul di depan dataran lapang berdekatan masjid.

"Semua dah ada?"soal Aaron.

Tengku Aydan mengangguk. Dia tak pasti dengan bilangan jemaah yang sebenar, tapi tiada orang lagi yang keluar masuk lagi.

"Allahuakbar." Takbiratul Ihram diangkat. Nama kebesaran Allah dilafaz dengan penuh syahdu. Dua tangan ditetapkan separas pusat.

"Allahuakbar,"sahut jemaah makmum di belakang.

"Bismillahirahman nirrahim..."

Mereka meneruskan solat hajat sehingga salam yang terakhir. Kepala dipalingkan ke kanan, diberi salam sebelum berpaling pula ke kiri. Salam yang diucapkan terasa begitu dalam maknanya. Walaupun masa sedang mencemburui, namun mereka berjaya untuk menyelesaikan ibadat tanpa terburu-buru.

Tangan ditadahkan ke atas.

"Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Cukup aku berpegang kepada Allah s.w.t dari segala sesuatu. Allah s.w.t mengalahkan segala sesuatu. Tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah s.w.t. Tidak ada daya dan kekuatan. Hanya daya dan kekuatan ALLAH s.w.t yang Maha Tinggi dan Maha Besar."

"Are you afraid of dying because of Allah?"

"No!"

"Are you ready to fight in a way to get His love?"

"Yes!"

"Allahuakbar!"laung Aaron bergema ke seluruh penjuru musolla.

"Allahuakbar!"

"Kalau kami mati hari ini, lepaskanlah kami Ya Allah. Lepaskan kami dari seksaan api neraka jahanammu. Sebaliknya, dekatkanlah kami Ya Allah. Dekatkan kami kepada syurga firdausmu yang paling wangi dalam banyak-banyak syurgamu."

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang