Hera memandang Tengku Aydan yang berjalan lenggang-lenggok di depan dengan tangan kosong. Siulan riang kedengaran bersambung dengan gelak tawa tanpa pedulikan Hera yang susah payah mengangkat botol mereka berdua. Amboi, happy nampak! Hera yang hampir patah tulang ni bukan nak tolong.
Tak lama, mereka tiba jua di destinasi. Tengku Aydan mengambil nafas terlebih dahulu sebelum mulakan sesi pemanasan badan bagi mengelakkan kekejangan otot berlaku. Rentaknya daripada menolak muka ke kanan dan ke kiri dengan dua jari sehingga lompat bintang sebanyak 25 kali Hera ikut.
Seusai warm up selama 5 minit, ibarat lipas kudung Tengku Aydan berlari ke arah laluan jogging yang paling hujung. Dia senyum senget apabila Hera masih terkedek-kedek berjalan ke arahnya.
Dalam kiraan 3 saat, mereka mulakan larian dengan kapasiti kecergasan rendah mengikut trek yang tersedia. Pada mulanya mereka lari beriringan, tapi langkah Tengku Aydan semakin perlahan selambat kura-kura merangkak menyebabkan Hera berjaya maju beberapa tapak. Hera segera memintas Tengku Aydan yang sempat berhenti di tepi trek untuk menarik nafas dalam.
Berbeza dengan Hera yang sering menjadikan senaman berasaskan kapasiti aerobik sebagai rutin bagi melatih jantung lebih kuat dan melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa letih. Malah, Hera masih ada lebihan tenaga untuk meneruskan aktiviti lain. Ni tak, baru sikit dah pancit!
"Cepatlah, Aydan! Baru berapa round jogging dah penat," laung Hera yang berdiri beberapa meter darinya.
"Aku dah semput ni. Dah lama tak jogging." Termengah-mengah Tengku Aydan dibuatnya. Gila betul minah ni! Round ke-5 pun masih ada tenaga lagi.
"Tulah, selama ni kerjanya tidur je. Cubalah ringankan otot-otot badan awak untuk bergerak. Ni tak, asyik bela lemak." Hera ambil peluang untuk memberi iklan usrah.
"Eh... eh. Aku bukan malas, cuma aku takde masa nak jogging semua bagai. Baik aku lepak dengan member,"potong Tengku Aydan membela diri.
"Biasalah, lelaki memang banyak alasan. Takpelah, kita rehat sekejap. Saya pun penat ni," kata Hera memberi kata putus.
Serentak dengan itu, Hera lambatkan langkah daripada keadaan berlari kepada berjalan setempat. Dia menuju ke arah bangku berdekatan mengikuti Tengku Aydan untuk menghilangkan penat. Dapat duduk sekejap pun jadilah.
"Saya rasa macam nak beli air jagung kat gerai seberang jalan tu," ujar Hera sebaik sahaja melabuhkan punggung di bangku taman.
Tengku Aydan seraya menoleh ke arah sebuah gerai yang disebut Hera. Ada dua balang besar berisi air jagung kuning dan beberapa plastik buah jambu batu potong. Nampak sedap kalau dapat makan, lebih-lebih lagi ketika panas terik.
"Kau pergilah. Aku tunggu kat sini. Jangan lupa jambu batu satu untuk aku,"arah Tengku Aydan selamba badak.
"Dah tahu jawapan awak tu. Yelah, saya pergi beli sekejap." Hera terus bangun dan melangkah laju ke arah gerai tersebut. Menonong sahaja Hera melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan.
Pon!
"Hera!"
Tengku Aydan yang tadi duduk bersahaja di bangku terus berlari mendekati Hera yang masih berdiri di situ tidak berganjak. Dia menarik badan Hera sehingga mereka jatuh tergolek ke bahu jalan.
Nyaris sebuah kereta berwarna kuning cair melanggar Hera. Dia yang masih terkejut dengan apa yang terjadi, masih terkebil-kebil.
"Ta-ta-di..."
"Kau ni tahu tak bahaya! Lain kali sebelum melintas, tengok kiri kanan dulu. Jangan selamba je melintas. Kalau kena langgar tadi, aku yang susah tahu tak?" Jelas kelihatan Tengku Aydan sedang meluahkan kemarahan. Boleh tahan merah juga mukanya ketika itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romansa𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
