"AKU terima nikahnya Hera Qistina binti Nizam dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai." Suara Tengku Aydan lantang dan yakin.
"Sah?"
Tok kadi berpaling ke arah empat saksi di sebelah kiri dan kanan. Ingin memastikan lafaz nikah yang disebut adalah betul buat kali terakhir. Anggukan mereka berempat mengundang senyuman tok kadi.
"Sah!"
"Alhamdulillah." Tok kadi menghela nafas lega.
Dengan sekali lafaz, Hera menjadi isteri yang sah kepada Tengku Aydan. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya pecah juga. Sukar nak percaya, lelaki yang suatu ketika dahulu langsung tak masuk dalam senarai hidupnya, kini bergelar suami yang sah. Milik mutlak.
"Pengantin lelaki boleh teruskan sesi pembatalan air sembahyang," ujar tok kadi selepas bacaan doa.
Tengku Aydan bergerak ke arah pelamin yang diduduki oleh Hera perlahan. Dia berdehem sekali sebelum duduk menghadapnya. Tangannya naik membuka kain putih yang menutupi wajah mulus Hera. Mereka bertentang mata.
"Awak..."
Hera dapat merasakan wajahnya begitu hampir dengan Tengku Aydan. Nafas lelaki itu membelai lembut pipinya. Tengku Aydan merapatkan bibirnya ke cuping telinga.
"Why, darling? Ready to be my truly wife?" bisik Tengku Aydan halus.
Mata Hera terbeliak. Serta-merta, tindakan Tengku Aydan mendapat satu cubitan ketam percuma darinya. Itulah, gatal sangat, kan sudah dapat habuan istimewa.
"Ergh, I'm hurt..."
"Aydan, apa terhegeh-hegeh lagi tu?" tegur mama yang memerhati gelagat mereka berdua tadi.
Sambil menahan rasa sakit, Tengku Aydan menghulurkan tangannya untuk disalam. Hera lambat-lambat menyambut huluran itu apabila sedar dengan keterlanjuran kelakuannya tadi.
"Thanks for sacrificing yourself into this marriage," bisik Tengku Aydan lagi.
Kali ini, nadanya kedengaran lebih ikhlas dan begitu telus pada pendengaran Hera. Umpama ungkapan tersebut terus meresap ke dalam lubuk hatinya yang paling dalam.
"Look at me, Hera."
Apabila Hera mengangkat muka, Tengku Aydan segera mengucup dahinya. Lama. Seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu yang tak mampu diucapkan dengan kata.
"Aydan, how dare..."
"Shhh... just stay like this for a while."
Beberapa saat kemudian, Tengku Aydan melepaskan kucupannya. Dia mengambil sekotak cincin emas yang terletak di tepi pelamin.
"Come, give me your hand," pinta Tengku Aydan sebelum mencapai tangan Hera walaupun dia teragak-agak pada mulanya. Tengku Aydan menyarungkan cincin perkahwinan mereka pada jari manis Hera. Fuh, nasib baik muat!
Tak longgar, tak juga sempit. Gelabah pula Hera jika saiz cincin tidak sesuai dengan jarinya. Tengku Aydan pun satu, bukan reti ajak dia untuk memilih cincin. Main tangkap muat je!
"Nice! It looks pretty on your finger. Just like its owner," puji Tengku Aydan lagi, tak habis dengan ayatnya yang bernada penuh romantik.
Wajah Hera serta-merta bertukar merah padam apabila dikatakan begitu. Terasa ada bahang hangat perlahan menjalar naik ke mukanya. Cincin emas berbatukan kristal tersebut ditenung lama. Apabila diperhati lama-lama, Hera tak dapat menafikan keindahan ukiran bunga-bungaan yang terbentuk pada permukaan cincin. Kecantikannya sehingga mampu menarik perhatian si pemakai.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
