BAB 2

4.5K 135 2
                                        

"Bosanlah main game ni. Asyik kalah je dari tadi. Sebab anak pungut tulah, mood aku dah tak elok!" Tengku Aydan menghempas alat kawalan.

Tangannya menumbuk-numbuk bantal yang dipegang. Serupa orang gila tengah meroyan pun ada kalau orang lain nampak. Nasib baik isi bantal itu agak berkualiti, bukan jenis kekabu cap ayam. Hera yang berdiri di belakangnya ketawa terlebih dulu sebelum menegur.

"Kalau tak puas hati, cakaplah dengan tuan badannya. Jangan bantal tak bersalah tu pulak yang jadi mangsa pukulan awak."

"Diamlah kau! Akulah tengah panas hati dengan sorang perempuan gila ni!"

"Who is it? Maybe saya kenal, boleh lah buat sesi umpat dengan awak nanti. Haii...siapalah orang yang bertuah tu, ek?" Hera membalas dengan mulut dicebikkan. Kipas muka ala-ala datin. Sengaja hendak memanaskan hati lelaki itu.

"Shut up! Kalau kau datang sini sebab nak sakitkan hati aku, lebih baik kau blah," balas Tengku Aydan kasar sambil tangan menghalau Hera dari situ.

"Saya datang sini sebab nak bagi roti ni. Rezeki jangan ditolak." Hera menghulurkan sebungkus plastik berisi roti coklat 'Gardenia' kepada Tengku Aydan. Plastik roti dikoyak sedikit pada bahagian tepi lalu diletakkan pada tapak tangan lelaki itu. Air coklat panas ditempatkan di tengah-tengah meja kopi dengan cermat.

Tengku Aydan senyum menyeringai. Penuh sinis.

"Kau ingat aku hadap sangat ke dengan roti murah ni? Lain kali kalau nak bagi, bagi yang mahal sikit,"ejek Tengku Aydan lalu tergelak jahat. Alah, kata jelah yang Tengku Aydan itu memilih makan.

"Kalau tak nak sudah, saya letak je roti ni kat sini." Dengan nada mengalah, Hera letakkan bungkusan roti coklat itu di atas meja kopi lalu menaiki tangga ke tingkat atas. "Mana tahu tiba-tiba gastrik, terpaksalah perut tu kena terima makanan murah ni."

Sekiranya Tengku Aydan tak mahu, Hera seribu kali tak ingin nak layan karenah lelaki itu. Dia bukan orang gaji, tidak diupah untuk menurut perintah orang lain terutamanya diktator seperti Tengku Aydan.

"Saya naik dulu ye." Hera gelak. Lalu angkat kaki ke atas.

"Tahu je yang aku tengah lapar," keluh Tengku Aydan. Perut yang telah berdondang sayang disentuh. "Hai perut, makan jelah orang dah bagi ni. Roti pun jadilah." Pantas tangan mencapai roti coklat setelah memastikan Hera telah naik ke tingkat atas. Malu kalau tertangkap. Bukaan roti terus dikoyak rakus dan dikunyah lambat setelah disuap ke mulut. Itulah sombong sangat dengan pemberian orang.

"Erm... sedap pulak."


★★★


Pejam celik pejam celik, berbaki seminggu sahaja peperiksaan SPM akan diduduki. Tempoh seminggu bukanlah sesuatu berita yang patut digembirakan. Namun, memberi amaran kepada pelajar-pelajar untuk bersiap sedia. Bukan last minute baru sibuk selak setiap helaian buku teks. Semua fakta perlu dihafal dalam otak siap-siap.

Seperti tahun sebelum, sekolah Hera menganjurkan majlis solat hajat atas sebab peperiksaan yang semakin hampir. Turun sahaja dari perut kereta, susuk lelaki tinggi yang berbadan lidi itu tak kelihatan. Sepantas kilat Tengku Aydan menghilangkan diri. Hera dan Sara berjalan beriringan ke dewan solat yang terletak di tingkat 3 dengan beg telekung dijinjing. Naik tangga yang beribu-ribu anak tangga boleh tahan semput juga.

Di dewan solat, semua rakan seusia yang lengkap berair sembahyang sudah bersedia di saf mereka. Cepat mereka lajukan langkah untuk mengambil tempat di saf yang masih kosong. Mata Hera terjeling pada Tengku Aydan yang siap bersongkok di saf paling depan sebaris dengan Sir Zahri yang akan mengimamkan solat hajat mereka.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang