Ikon kepala berwarna biru di bawah skrin ditekan. Angka ribu yang tertera benar-benar mengejutkan Hera. Entah kenapa hari ini dia terdetik untuk memasuki akaun TikTok seusai mandi tadi. Setelah seminggu dibiarkan aplikasi itu mengeluarkan notifikasi yang entah berapa ribu kali.
Sejak akhir-akhir ini, makin banyak pula orang yang mengikutinya. Mungkin disebabkan oleh video terbaru jedag jedug yang diposnya. Dan trend tunjuk bunga yang pernah dia dapat. Hera pun tak sangka video itu akan tular sehingga mencecah 3M views.
Kalau orang lain setakat jambangan bunga biasa. Ataupun belon yang perlu ditiup sebelum diikat menjadi bentuk bunga.
Tapi Tengku Aydan kan? Unique. Strange.
Video klip berdurasi 1 minit itu memaparkan sebuah taman bunga. Sekilas pandang hanya seperti taman bunga biasa. Rata-rata peminatnya hampir tertipu. Namun bila diperhatikan betul-betul, rupanya bunga ros merah sengaja ditanam sebegitu supaya menampakkan rupa bunga ros yang bersaiz gergasi.
Sejak bila Tengku Aydan merancang pun Hera tak pasti. Tahu-tahu je dah ada sebidang tanah dibeli atas namanya di Shah Alam. Masakan tidak, kerja suaminya hanyalah mengumpul air liur basi selain daripada menunggang kuda. Tak tidur, tentu berada di kandang kudanya. Sibuk belai-belai badan Trisya, nama kuda kesayangan Tengku Aydan.
Hurm!
Tengku Aydan sengaja berdehem saat kakinya baru mencecah lantai tingkat bawah. Isterinya yang begitu ralit menatap telefon dipandang kasihan. Anak matanya jatuh pada baju-baju yang berlonggok di tepi. Tumpah rasa sebersalah. Hera baru je menyiapkan sarapan untuknya. Pakaian wanita itu nampaknya sudah berganti dan rambut yang biasanya diikat kini dibiarkan terlepas. Mungkin baru habis mandi.
Gelabah. Hera cepat-cepat menyembunyikan telefon di bawah bantal sofa. Takut pula Tengku Aydan akan marah kerana dia masih tak mula melipat baju.
"Sorry, abang. Saya nak tengok akaun TikTok saya kejap." Hera meminta maaf sejurus menarik sehelai baju putih sedikit kuat. Tengku Aydan duduk di sebelahnya. Tangan lelaki itu yang tiba-tiba hinggap di lengannya membuatkan Hera berhenti bergerak.
Bahunya terasa berat apabila tangan lelaki itu yang lagi satu didaratkan di situ. Dagunya dipegang supaya mukanya memandang si suami. Wahai jantung, berapa banyak oksigen yang kau pam sewaktu ini?
Apabila dia membatu, perlahan-lahan baju yang Hera pegang dicampakkan ke tepi.
"Kau tak penat ke? Rehatlah dulu. Aku tak suruh pun kau buat semua benda berterusan."
"Tapi..."
"Dah, dah. Aku tak nak tengok kau buat kerja lagi. Jemputan dari TikTok kau tak unboxing lagi." Kata-kata Tengku Aydan serta-merta melayangkan fikiran Hera terhadap bungkusan di dalam beg kertas yang diterima daripada pihak TikTok Malaysia. Baru je sampai semalam. Namun tak sempat lagi dia belek isinya.
Hera menggeleng laju.
"Tu biarlah nanti-nanti. Saya nak siapkan ni dulu. Nak tunggu awak buat, sampai kiamat baju ni tak berusik."
Melihat tangannya yang terkapai-kapai mengambil baju, Tengku Aydan cepat-cepat merampas. Lelaki itu berkerut serius. Perempuan semua nak menang. Ada sahaja modal mulut lancang isterinya mengenakannya.
"Degil kronik tahap empat kau ni. Aku tak kira, pergi naik atas. Ambil beg tu sekarang," arah Tengku Aydan sambil mencerlung tajam. Cakap baik-baik pun tak jalan.
Dengusan jengkel dilepaskan. Bukan namanya Tengku Aydan kalau tak suka memaksa. Lambat-lambat Hera mengangguk tanda mengalah. Badannya yang menempel begitu dekat dengannya ditolak tangan. Serupa anak kucing gatal pula suaminya hari ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
