BAB 38

2.6K 52 1
                                        

Sudah lama tak mengalami perasaan ini. Gembira. Senang hati. Kerana kali ini Tengku Aydan sudah berdamping dengan keluarga yang sepatutnya dia lindungi. 5 tahun yang sepatutnya dia lihat Herlyn membesar. Namun dia tiada ketika itu. Dia gagal menjadi seorang ayah yang baik.

Anak kecil yang tak reti duduk elok sedari tadi dipandang suka. Terkinja-kinja dengan menepuk tanpa henti bahu kerusi kereta. Suka betul Herlyn dengar bapanya menyanyi.

Tengku Aydan pun sudah lama tak basahkan tekak dengan lagu-lagu melibatkan perasaan sebegini. Anak perempuannya pun bukan main pilih lagu-lagu sedih. Kecil-kecil dah tahu galau. Cuma ini lebih estetik sebab dalam bahasa Inggeris.

I will love you either way
It might be so sweet
It might be so bitter
I will love you either way
It might be so sweet
It might be so bitter (ooh-ooh)

Oh, if the future we've dreamed of is fading to black.

"I will love you either way." Hembusan nafas dilepaskan saat lirik terakhir habis dilagukan mengikut nadanya. "Dah puas dengar?"

"Tapi tu daddy pilih sendiri. Lagu orang tua!"

"Amboi...mulut tu..."

"But it's okay, I do approve that song. Cuz back then, mummy also did listen to it every day. For every second!" adu Herlyn sepertinya telah muak mendengar lagu yang sama berulang kali. Mummy pun satu, macam lagu lain sudah pupus kat dunia ini.

"Every second, herzchen?"

Laju Herlyn mengiayakan. Seronoklah itu tengok ibunya malu besar di tepi.

"Herlyn, bocorlah rahsia mummy! Cuba simpan sikit rahsia sesama perempuan," rungut Hera kecil kerana keceloparan mulut puterinya. Setiap hari ada sahaja hal tentang Hera dibocorkan kepada Tengku Aydan.

"But you know what, mummy mesti menangis bila dengar lagu tu. I don't know why and why she's always acting like that."

"Schatz?"

Hera dengar suara Tengku Aydan memanggilnya. Nampak sepasang mata lelaki itu sedang merenung Hera menerusi front mirror kereta. Sejujurnya dia juga agak terkedu. Tak pernah sangka Herlyn akan begitu memerhatikan apa Hera lakukan sepanjang di sana.

"Saya just suka dengar. Tu je."

Mungkin lagu itu mengingatkan Hera pada lelaki itu. Lagu kebangsaan Tengku Aydan Iskandar. Menatap fotonya yang berlegar di laman sosial sahaja tak cukup.

"Anak daddy pujuk mummy tak?"

"Of course!" Herlyn meletakkan dagunya pada kerusi sebelah pemandu yang diduduki. "Mummy, are you feeling sad?"

Hera geleng.

"No, sayang. Dapat hidup dengan Herlyn dan daddy dah cukup menggembirakan mummy. Buat apa nak sedih-sedih lagi?"

"Janji tak menangis lagi?" Jari kelingking Herlyn naik dihulurkan kepada Hera. Teragak-agak Hera menyilangkan jarinya pada si anak.

"Janji!"

"Lagi bertambah cantik bila sayang gembira," puji Tengku Aydan tak semena-mena.

Hera tersenyum. Dia rasa... bahagia.


★★★


Pintu besar yang hitam berkilat terbuka sesaat butangnya ditekan. Mereka semua perlahan berjalan melaluinya. Kaki berderap menuruni anak tangga yang berpasir menuju ke bilik bawah tanah.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang