Parti yang bertempat di sebuah banglo dua tingkat telah dipenuhi dengan susunan kereta mewah yang elok terparkir di halaman rumah. Setiap tahun sekali, menjadi event wajib kepada kumpulan mereka. Digerakkan oleh golongan anak bangsawan Malaysia yang rata-ratanya bersusur galur kerabat diraja. Paling tidak pun, berlatar belakangkan keluarga kaya.
Bagaimana Tengku Aydan boleh terjebak dalam kumpulan ini? Seingatnya bermula ketika pertemuan kali pertama dengan seorang remaja lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya. Siapa? Tak mengapa, sebentar sahaja lagi mereka akan berjumpa setelah bertahun tidak bertanya khabar. Bertepuk tampar seperti dahulu.
Suasana amat riuh-rendah. Gamat dengan suara teriakan yang datang dari merata arah. Kolam renang sebesar 18 kaki yang tidak jauh dari tingkap kereta yang dipandu terlihat begitu riuh dengan kerumunan orang. Bunyi air terpercik keluar dari kolam berterusan kerana teruja menujukkan aksi terjunan masing-masing.
Flex time!
"Aydan, we've arrived!" Harez membuka tali pinggang yang melilit pinggangnya.
Tengku Aydan dan Harez keluar dari perut kereta mewah, disambut oleh pelayan di situ. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam halaman banglo dua tingkat itu dengan penuh karisma kelelakian. Kedua-dua rakan baik itu sedar banyak mata yang memerhati sebaik sahaja mereka melangkah masuk.
"Look, who is here!" laung satu suara yang tidak asing dari telinga mereka.
Bibir Tengku Aydan serta-merta menguntum senyuman lebar. Dia amat kenal dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Daniel, sahabat akrabnya sejak sekolah rendah. Ditakdirkan untuk berpisah seketika setelah mereka memilih universiti yang berlainan kerana telah diatur hala tuju oleh keluarga. Daniel dihantar ke Australia manakala Tengku Aydan ke Jerman.
Tengku Aydan dan Daniel terus berpelukan erat seperti abang dan adik yang lama terpisah. Daniel menepuk bahu sahabat yang dirinduinya itu. Raut wajah tampan Tengku Aydan sempat dipandang sekilas. Ya, semakin berupa dan ada sedikit kematangan di wajahnya.
"Long time no see, bro!" Mereka melagakan penumbuk tangan.
"Heyy, apa yang kau perhati? Aku masih orang yang sama. Takde yang berubah," terang Tengku Aydan tanpa dipinta. Dia ketawa apabila Daniel berpura-pura seperti berfikir sesuatu.
"Really? Hmm, I don't think so." Daniel jongket kening sebelah.
Tengku Aydan hanya menggeleng kepala sebelum mengerling ke arah Harez yang setia berdiri di sebelah. Dia hampir lupa kewujudan lelaki yang turut bersama mereka pada malam itu. Macam manalah dia boleh terfikir nak ajak Harez? Alih-alih, dia yang lupa ingatan kat mamat ni! Memang cari nahas betul!
"By the way, kau kenal kawan aku ni kan? Dia Harez Zayyan."
Daniel menoleh pada seorang lelaki berbadan tegap yang diperkenalkan oleh Tengku Aydan. Baru perasan. Pupil mata dibesarkan beberapa darjah, cuba mengecam gerangan lelaki berjaket kulit hitam itu.
Harez Zayyan? Harez... Zayyan? Macam pernah dengar nama tu?
"Harez, this is Daniel. Daniel Dato' Firas."
Daniel seperti teringat sesuatu. Aha!
"Oh, aku ingat dia! Gila tak kenal Harez Zayyan Tan Sri Raihan? Siapa tak kenal bakal pewaris syarikat perhotelan terbesar negara dengan 52 buah cawangan di seluruh dunia. Satu dunia kenal," kata Daniel seraya mengangguk-angguk apabila berjaya mengecam muka Harez. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan rakan kepada sahabat karibnya itu. Huluran tangan disambut dengan senyuman kecil.
"Nice to meet you, Daniel."
"Nice to meet you too, Harez. Glad to finally meet you in person. I have seen your face on the Internet," ucap Daniel tidak dapat mengawal kegembiraan yang dirasainya sekarang.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romans𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
