BAB 13

2.8K 81 4
                                        

Hera menarik sebuah beg ke arah kereta Audi R8 milik Tengku Aydan, lengkap dengan riak muka menahan lelah. Beg bagasi seberat 5 kilogram itu cuba diangkat dengan tenaga yang berbekal. Namun, malangnya kudrat Hera sebagai perempuan masih tidak mampu menampung satu beg yang jauh lebih berat.

Hera tersandar seketika pada bonet kereta. Keluhan berat dihela perlahan. Otak berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menaikkan beg itu ke atas bonet. Dan akhirnya, Hera mati akal dan buntu keseorangan.

"Otak kau ni memang genius sangat ke, Hera? Nak angkat beg sendiri konon. Tak sedar diri tangan kau tu halus macam lidi satay." Dia mengomel sendiri, tak tahu nak menangis atau gelak.

"Eh, pahal tercegat kat sini? Kenapa tak masuk kereta lagi?"

Suara garau lagi kasar dari belakang serta-merta membuatkan bahu Hera terhinjut sedikit. Agak terkejut dengan kehadiran Tengku Aydan yang muncul entah dari mana. Tangannya penuh dengan dua beg plastik berisi alat mandi termasuk bekal yang dibungkus oleh mama untuk dibawa sekali ke rumah baharu mereka.

Bau semerbak mi goreng basah buatan mama menerobos masuk ke dalam lubang hidung. Fikiran Hera terus melayang pada air tangan mama yang tidak perlu disangkal lagi keenakannya. Gabungan rasa manis dan masin serta perencah yang cukup membuatkan tahap kepedasan mi goreng tidak begitu dirasa lidah.

"Beg ni berat sangat. Hera tak laratlah nak angkat," adu Hera lalu menunjukkan telapak tangannya yang sudah berbirat merah.

"Jadi sekarang kau nak aku angkatlah ni?"

Hera buat muka. Soalan mengarut apakah yang suaminya ucapkan? Hera dapat agak yang ada satu sel neuron tercabut daripada otaknya menyebabkan tatabahasa dan bahasanya terdengar tidak kena pada telinganya.

"Awak rasa saya jawab apa kalau bukan ya."

"Dah pergi naik dulu. Eh, sebelum tu pergi salam mama. Nanti tak pasal-pasal mama cari kau pulak," arah Tengku Aydan seraya memunggah semua beg bagasi ke dalam bonet dengan teratur.

"Okay." Sepatah Hera menjawab.

Selepas bersalam dengan mama, Hera menuju kembali ke ruang tamu untuk membawa sekali kucing. Sangkar kucing dibawa ke kereta Tengku Aydan. Suaminya yang tengah bersandar pada badan kereta terus berdiri tegak apabila nampak Hera menghampirinya.

"Kau bawa apa tu?"

Hera toleh pada objek yang dipegang. Dahi dikerutkan tanda hairan.

"Kucing. Habis apa yang awak nampak? Alien?"

"Suka hati kaulah. Dah masuk cepat!" arah Tengku Aydan dengan suara yang agak tinggi sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Asyik nak marah je orang tua ni. Nak kata PMS, dia lelaki pulak!" Hera juling mata ke atas.

"Hah, mengutuk aku lagi! Nak tambah dosa ke?"

Laungan lantang lagi kuat suaminya dari dalam serta-merta membuatkan Hera terdiam. Hatinya memuji dalam diam telinga lintah Tengku Aydan. Sehingga kutukan yang diluahkan dengan suara separa perlahan dapat ditangkap jelas oleh telinganya. Peka jugak eh telinga dia?

Pantas Hera lajukan langkah masuk ke dalam kereta. Tali pinggang ditarik melilit tubuhnya sejurus dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah pemandu. Tapi Hera tak tahu apa salah pada tenaganya hari ini. Saat Hera mahu menarik pintu untuk ditutup, bagai ditolak angin pintu itu selamat dihempas kuat angkara tangannya yang terlebih tenaga.

Dush!

"Nasib baik kau isteri aku. Kalau tak, dah lama aku hempas kepala kau macam yang kau buat kat kereta aku." Keras suara Tengku Aydan menegur kerana Hera sesuka hati melancarkan demo hendak menghancurkan harta bendanya termasuk juga pintu yang dihempas tadi.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang