PROMOTE KEJAP

1.2K 20 0
                                        

Based on true experience

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Based on true experience.

SINOPSIS

Disahkan menghidap anorexia nervosa menjadi titik hitam dalam hidup seorang gadis berambut cherry red, Sara Edlina. Demi menyelamatkan dirinya daripada terus terperangkap dalam ketakutan terhadap makanan, dia dihantar ke Hasanah Residential Centre-sebuah pusat pemulihan yang menjadi harapan terakhirnya.

Walau bagaimanapun, takdir membuka lembaran baharu buatnya. Hubungan yang terjalin sejak kecil akhirnya membawa kepada satu lamaran yang tidak dijangka. Harez Zayyan, seorang pemilik hotel Der Prinz dan chef berbakat, hadir dalam hidupnya bukan sekadar sebagai kenalan lama, tetapi sebagai lelaki yang ingin menjadikannya suri di hati.

Namun, Sara Edlina sedar akan kelemahan dirinya. Antara cinta dan ketakutan, dia terperangkap dalam dilema-layakkah dia untuk lelaki sesempurna Harez Zayyan?

"Remember what you said to me before? Both of us were adopted. Only how we were abandoned by our parents is different. Kita banyak persamaan. Orang kata kalau perempuan dan lelaki tu sama, maksudnya jodoh."
- HAREZ ZAYYAN

Namun, Sara juga marah pada dirinya sendiri. Betapa bodohnya dia kerana menganggap hidupnya selama ini mudah. Tanpa menyedari terlalu banyak rahsia yang disimpan oleh Harez. Dia mula mempersoalkan segalanya. Adakah di mata lelaki itu, dia hanyalah seorang yang lemah, tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa jika mengetahui kebenaran?

"Awak nak tahu tak, saya pernah berharap bukan nama saya yang awak sebut dalam akad kita."
- SARA EDLINA

Namun yang lebih menyakitkan, saat segalanya terbongkar, Sara sedar dia tidak mampu menyalahkan sesiapa pun. Bukan Harez. Bukan takdir. Kerana luka yang ditinggalkan bukan berpunca daripada pengkhianatan, tetapi daripada kebenaran yang terlalu lama disembunyikan-dan terlalu lambat untuk difahami.

Dan dalam diam, Sara tertanya-tanya...
mungkinkah orang yang selama ini melukakannya adalah orang yang dia tak pernah sangka?





Ni spin-off KALAU SUDAH TERTAKDIR. Cerita kedua saya. Ada improve sikit dari KST. Saya tahu cerita yang ni agak membosankan. Saya pun dah naik bosan baca. Jangan risau. Anda tak keseorangan.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang