BAB 19

2.6K 68 3
                                        

Ktak. Ktak. Ktak.

Stiletto coklat berkaki tirus 3 inci dibawa menyusuri laluan karpet merah. Kuat berdetak seiring tapak kaki yang melangkah. Ditenggelamkan dengan pekikan suara riuh rendah dari arah restoran yang dituju.

Gaun labuh yang hampir meleret dicuit. Mengelak kain terus mencium lantai marmar yang agak kotor. Terlalu panjang ukurannya hingga melebihi ketinggian Hera yang setara batang galah. Mungkin Tengku Aydan tak tahu yang dia makin kecil dan kurang makan sejak belakangan ini. Itu sebab dia sudah buang baju-baju lamanya kerana kian longgar apabila disarung.

Kalau Hera anggun jelita, suaminya pastilah dua kali ganda kacak bergaya. Kalau dia terkenal dengan jolokan Bidadari Malaysia oleh peminatnya, tapi Tengku Aydan, dia sendiri memberi klarifikasi khas. Lelaki itu bak prince charming yang menawan seluruh pandangan gadis. Hera tak nafikan apa yang matanya tengok.

Tapi simpan dalam hati jelah. Nanti tak pasal lelaki itu tersenyum lebar sehingga menyentuh telinga. Lebih dahsyat lagi, dituduhnya mata Hera gatal mencuri pandangnya diam-diam.

"Selamat datang, Tuan dan Puan. Book meja nombor berapa ye? Atas nama siapa?" Pelayan lelaki itu membuka pintu gerbang luas. Sehelai tuala bersih terletak di atas tangannya yang dicondongkan sama aras dengan pinggang. Dulang yang diisi gelas kotor diletakkan di atas troli makanan beroda.

"Ace."

Huk! Huk!

Terbatuk-batuk pelayan itu tatkala tiga huruf pendek meniti di bibir Tengku Aydan. Gigih dia terbongkok untuk mengutip semula gelas yang terhempas ke lantai. Untung tak pecah lagi.

"Encik ok tak?" Hera gelabah bertanya. Suaminya pun satu hal. Sebut nama yang pelik-pelik, mana tidak pelayan itu hampir tersedak anak tekak seperti tidak menyangka perkataan itu boleh muncul.

"It's okay, madam. Silakan ikut ke arah sini."

Menganggap kemalangan tadi tidak pernah berlaku, pelayan itu menolak troli tegak ke depan. Segera belok ke kiri. Macam lipas kudung langkahnya. Hera yang belum terbiasa dengan selok belok restoran tak mampu mengikuti arah tujunya. Suaminya tak perlu cakap, masih berlagak tenang dengan muka seposennya.

Kaki Hera terenjot namun sempat tangan ditahan pada dinding. Keluar seorang lelaki secara mengejut dari kanan. Berpakaian hitam satu badan. Hera mengurut dada. Baru perasan ada jalan lain bertentangan daripada kedudukan dia berdiri.

Tapi satu dia perasan, persalinan kerja lelaki itu berbeza. Tak sama warna dengan pelayan yang menyambut mereka sebelum ini. Nak dikata chef, toque putih tak pakai.

Eh Hera, sempat lagi kau skodeng anak orang!

"Both of you can follow me to this way."

"Schatz?"

"Huh?" Matanya tersorot pada lengan Tengku Aydan yang menyendeng dekat. Tangan kirinya dicekak pada pinggang lalu dipaksa tangannya untuk memaut erat. Ditegangkan lagi pautan kerana dia tak memberi sebarang tindak balas.

"Sejak bila pula awak suka saya dekat-dekat dengan awak macam ni? Sedekat ni?" Hera berbisik.

"Kau nak orang luar tahu ke, schatz?"

Tubuh Hera mengeras. Pantas dia menggeleng ketakutan.

"So, just do as instructed. Keep your mouth shut and talk when I ask you to."

Penuh autoriti amarannya bergema di salur gegendang telinga. Mengundang terbitnya lengkungan kendur di wajah Hera. Sebak kerana dirasakan kehadirannya ketika ini tak diperlukan. Patutnya dari awal dia menolak untuk pergi.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang