"Bila aku minta kau ceraikan aku dengan cara baik, tolonglah ceraikan aku. Satu je yang aku minta. Lepaskan aku baik-baik. Jangan sampai kita cerai kat mahkamah."
"Kau tahu kan akibatnya? Kau takkan dapat satu sen pun kalau aku ceraikan kau."
"Atau kau takut nak ceraikan aku? Bukan kau kata kau tak sayang aku?" provok Hera.
Tengku Aydan tak memberi jawapan.
"Kau sendiri tak ada jawapan. So, aku just assume yang kau memang tak cintakan aku dari dulu. Aku kan mainan?"
Lenyap bayangan wajah itu dari fikiran. Tak lagi Hera dengar suaranya terngiang-ngiang di telinga. Ah, sudahlah! Move on, Hera! Move on! Orang dah tak nak, kenapa perlu memaksa! Lelaki itu sendiri yang minta!
Hera turutkan langkah ke bangku lapangan terbang. Duduk padanya. Mata diliarkan ke sekeliling. Waktu masih malam buta. Dan dia di sini masih menunggu penerbangannya. Keluhan dilepaskan. Dia menyandarkan badan.
Kalau dulu Hera jejakkan kaki di ruang ini bersama Sara, mama dan papa. Namun, kini mereka tiada lagi. Dia keseorangan tanpa peneman. Tiada suara yang menyambut pemergiannya. Hanya beberapa orang yang turut menaiki kapal terbang yang sama. Mungkin. Sebab hanya tinggal satu penerbangan selepas ini, iaitu ke Scotland. Ya, negara yang dia pernah sampai pada satu ketika dahulu kerana sambung belajar.
Urusan butik utama Hera serahkan pada Yu Xin. Dialah yang paling dipercayai setakat ini. Inshallah gadis cina itu dapat menguruskan butik-butik di cawangan lain. Ad dan Mellysa yang paling banjir air matanya bila dia nyatakan hasrat untuk sambung belajar ke peringkat PhD. Mereka tak bertanya lebih-lebih dan hanya berdoa agar perjalanannya selamat.
Habis soal itu, kenapa Hera langsung tak kisah jika segala harta sepencariannya ditarik. Sebab dia yakin Tengku Aydan tak akan menceraikannya. Degil betul. Bukan susah pun. Tetap juga dia mahu pertahankan hubungan mereka yang rapuh ini. Bab wang tak menjadi sebarang masalah kepada Hera. Duit simpanan banyak. Masih mampu menanggung pengajian di Scotland. Kebijakannya menyebabkan dia juga menerima biasiswa penuh.
Kenapa Hera bersungguh-sungguh meminta untuk diceraikan? Entah, diri dia pun tak pasti. Yang penting, penceraiannya tak berlaku pada hari yang sama di mana dia akan menyambut hari anniversary kedua mereka. 15 Mei. Tak sanggup dia meratapi kesedihan pada hari dia patut berkasih sayang dengannya. Hari yang sepatutnya mereka berpakaian sedondon tapi dia perlu memakai baju hitam sambil melangkah keluar dari mahkamah syariah.
Hera tak mahu itu! Jadi, lebih baik dia elakkan ia terjadi. Dia tak rela diceraikan. Complicated betul kan dia? Mulut kata lain, hati mahu lain. Menjadi seorang perempuan bernama Hera amatlah sukar.
Pandangan Hera turun pada perutnya yang masih belum memboyot ke depan. Baru sebulan. Itu sebab belum nampak tanda-tanda orang mengandung. Syukur juga kerana mereka tak perasan perubahan pada perutnya. Masih kempis macam orang baru kahwin. Amboi, puji diri sendiri nampak! Ahakss...
"Sayang, kita jaga diri sendiri ya. Mama jaga sayang. Sayang jaga mama. Janji tau."
Perit. Namun, kalau sudah tertakdir, siapa dia untuk meningkah?
★★★
Edinburgh, Scotland.
8 bulan kemudian.
Jauh itu jauh, tapi bila tiba baru Hera rasa berbaloi. Hilang penat. Ternyata Hera tak perlu bimbang kerana banyak bus yang tersedia di tepi jalan. Bertentangan dengan St. Andrew's House membuatkan pelancong mudah untuk bergerak ke sini. Disebabkan sekarang pun musim bunga, Hera dapat perhatikan bunga-bunga luruh ke tanah satu-persatu.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romans𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
