"Kacau betullah rambut ni!"
Terbang mood Tengku Aydan. Anak rambutnya sudah panjang menyentuh kening benar-benar menganggu konsentrasinya dari awal tadi. Kedai gunting rambut terasa jauh sangat. Padahal hanya beberapa kilometer dari rumahnya.
Jikalau dulu ada orang yang memaksa. Sekarang semuanya dikuasai rasa malas. Malas nak tidur. Namun, kepala pula sakit kalau tidur lewat. Malas makan. Namun, perut pula meminta untuk disuap.
Perutnya berbunyi. Lapar. Kali terakhir dia makan pagi tadi. Itu pun hanya roti Gardenia disapu jem kaya.
Jam pada hujung skrin MacBook dikerling. 1.30 pagi. Hari ini matanya tak mahu lelap. Ini mesti angkara Nescafe' yang sudah bercawan-cawan diminum. Padah akibat terlalu addict dengan kopi. Apa-apa mesti kena ada kopi.
Tengku Aydan mengusutkan rambut. Seketika dia menggaru jawline tajamnya. Berapa banyak video di TikTok yang dia rujuk. Tiada satu contoh nama yang berkenan di hati. Ya, dia sedang mencari nama yang sesuai untuk kucing-kucing di kafenya.
Skittles? Euw, macam budak-budak. Tompok? Zaman bila wujud lagi nama klasik itu. Oyen? Pff, ingat comellah? Lagipun sudah ramai orang guna.
"Or aku patut stick dengan nama ni." Kekunci Enter diketuk. Muncul beberapa nama enzyme yang sebahagian pernah dipelajari di sekolah menengah. "Ok, aku pilih ni!"
Lactase? Pepsin sedap juga bunyinya. Lipase untuk satu-satunya kucing gemuk itu.
"Aydan, wake up! Apa kau merepek ni?" Mungkin Tengku Aydan akan jadi biul selepas beberapa kali memukul kepala dengan pen. Dia belum move on lagi dengan Biologi. Mana taknya markah subjek itulah yang mendominasi slip peperiksaannya.
Kalau boleh diundur masa, lebih baik dia ambil perubatan. Tapi mengingatkan dirinya yang pemalas, bagaikan tak ada sinar harapan ke arah bidang itu. Slow learner satu hal. Otak bukannya boleh masuk banyak benda dalam satu-satu masa.
Tawaran belajar yang diperolehnya pun atas tiket cable. Tak mengapalah, benda dah lepas. Bukan salah papa. Kalau papa tak tak berniat sedemikian, dia mungkin tak jadi CEO sekarang jika tiada kelulusan yang bagus.
Banyak kekurangan Tengku Aydan berbanding wanita yang dia sering rendah-rendahkan. Wanita itu jauh lebih sempurna. Air tangannya tak pernah ada yang tak sedap. Ramai orang suka. Kesabarannya tiada had, lebih-lebih tatkala melayan kemahuan lelaki itu. Akademiknya tak pernah jatuh. Dan isterinya bakal memegang gelaran doktor falsafah tahun ini.
"4 years passed too quick."
Kad polaroid yang terselit di bawah kaca meja dikeluarkan. Jari Tengku Aydan menyentuh wajah yang terpotret pada kad itu. Wajah isterinya dipenuhi tepung. Berpunca daripada tangannya yang begitu gatal menggeletek sang isteri. Ketika itu, Hera sedang membuat kek coklat moist leleh kerana Tengku Aydan mengidam.
"Schatz... bilalah abang boleh cubit pipi gebu sayang lagi?"
Polaroid itu diselitkan semula ke tempatnya. Takut hilang.
"Lagi sikit je, Aydan. Kau boleh harungi semua ni." Tengku Aydan memberikan semangat kepada dirinya. "Dia perlukan masa. Jadi, kau gunakan masa ni untuk perbaiki diri kau."
Banyak kali kalimat itu diulang siar pada gegendang telinga. Muak, namun Tengku Aydan percaya itu adalah cara untuk melenyapkan ketidaktenangan hatinya.
Kaki disilangkan sebelah. Tapak kaki digoyang-goyang. Tengku Aydan mencapai sesuatu dari beg komputernya. Sebenarnya sudah lama dia menerima benda ini daripada Jayden. Lelaki Jerman itu kata bahawa dia memerlukannya. Tambahan pula, disc itu didapatkannya secara haram daripada simpanan desktop pejabat Aaron.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
