SPECIAL PART

3.5K 49 5
                                        

"Daddy tak hantar Herlyn ke hari ni?"

Tengku Aydan yang selesa memakai baju putih dan berkain pelekat itu menjatuhkan pandangan pada anak perempuannya. Serba salah dia hendak menjawab. Yalah semalam bukan main dia berjanji. Namun disebabkan Tengku Redza, anak kecilnya jatuh sakit, dia terpaksa mengambil cuti untuk menemani isterinya ke klinik.

Sejak malam tadi, Tengku Redza seperti terkena demam. Dahi boleh tahan panas. Itu yang Tengku Aydan agak risau. Takut melarat pula demamnya, lagi-lagi anaknya masih bayi.

Dia bercangkung separas Tengku Herlyn.

"Sorry tau, mein herz. Daddy bukan sengaja tak nak hantar Herlyn tapi adik kurang sihat,"kata Tengku Aydan memberi alasan sambil mengelus rambut anaknya yang tak bertutup tudung. Anaknya belum baligh lagi, jadi tak mahu memaksa Tengku Herlyn untuk berhijab seperti ibunya. "Tapi daddy promise. Daddy janji akan hantar Herlyn lepas ni. Setiap hari!"janji Tengku Aydan, tangan kanan diangkat penuh bersemangat.

"Yerlah tu. That's what you always say when you promise to send me to school. Alih-alih daddy suruh uncle Fir juga yang hantar." Cekak pinggang.

"Ya ke?"

Tengku Herlyn mendengus. Botol air yang bibik sudah isikan Tengku Herlyn sumbat di dalam kocek beg. Sudahlah saiz botolnya macam orang dewasa yang nak minum. Paling banyak pun diminumnya hanyalah separuh. Tawar. Lagi sedap air oren mak cik kantin.

"Ya." Shy-shy ton pula daddy dia ini!

"Apa yang riuh sangat ni? Dari dapur mummy dengar." Hera menegur dua beranak. Rancak betul berbual di depan pintu gerbang.

Sekotak cupcake pelbagai perisa buatan Hera yang diminta oleh Tengku Herlyn dua hari lepas, Hera masukkan dalam beg makanan. Entah tiada angin tiada ribut, tiba-tiba si anak mahu membawa bekal ke sekolah. Hera hanya turutkan sahaja, yalah bukan selalu. Hari ni pun dia cuti.

"My cupcake? Thank you so much, mummy!" Tengku Herlyn terus mencium pipi ibunya.

"Amboi, kenapa tiba-tiba je suruh mummy buat?"soal Tengku Aydan curiga. Anaknya yang sulung itu banyak ragam, makanan pun dipilihnya.

"Hehe..."

"Sengih-sengih, cuba berdiri tu elok sikit macam anak dara. Miang tau daddy tengok."

Terus muncung mulut Tengku Herlyn dikata begitu. Tangan kecilnya mencubit paha Tengku Aydan dengan kuat. Mana ada dia miang!

"Auch, sakitnya.. hahahah!" Buat-buat sakit. Sudahnya tawa Tengku Aydan meletus kerana tak dapat ditahan. Cubitan sebentar tadi seumpama gigitan semut kecil sahaja.

"Kalau Herlyn miang, mungkin sebab genetik playboy awak. Menggedik je dulu,"sampuk Hera, seronok mengenakan Tengku Aydan.

"Tapi abang playboy waktu highschool je. Anak kita baru darjah satu, schatz."

Hera tak berani menjawab. Hanya angkat bahu. Sekurang-kurangnya suaminya mengaku yang dia seorang kaki perempuan suatu ketika dahulu. Dan Hera, sememangnya menyampah gila dengan perangai Tengku Aydan yang satu itu.

"Daddy tahu tak ramai orang crush dekat Herlyn "

"So, Herlyn layan tak diorang?"

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang