"Hi, geng kontroversi!"
Harez yang baru masuk memandangnya aneh. Lelaki itu kelihatan sedang gigih memasukkan butang bajunya. Sudahnya dibiarkan bahagian atas terbuka luas.
"Kau ingat lawaklah? Dah, syuh... pergi bersiap. Kau nak berdepan wartawan dengan rupa selekeh macam ni?" soal Harez. Mengucap tengok muka Tengku Aydan yang ditumbuhi jambang kerana tak potong-potong. Nak bela sampai leher ke apa?
"Ah, biarlah! Baru nampak real sikit yang aku tengah dalam fasa broken." Tengku Aydan memegang jambang yang sengaja dibiarkan tak dicukur. Bayangkan dia adalah Wak Doyok tapi lebih kacak!
"Lepas tu nak satu Malaysia tahu yang kau sebenarnya gaduh dengan Hera? Isteri lari dari rumah? Macam tu?"
"Habis kau nak aku buat apa? Press conference pun lagi 20 minit."
Berfikir sejenak. Rasanya Harez ada beli tadi di 7 Eleven. Backpack miliknya yang tersandar di hujung katil diayun kaki. Mereka berdua sebilik, sudah terbiasa sejak dahulu. Zip terus dibuka dan satu alat berwarna hitam dikeluarkan.
"Pakai ni, bro!" Dibaling pada Tengku Aydan yang khusyuk memerhatikan graf saham pada skrin iPad. Sambil mencoretkan sesuatu dengan Apple Pencil. Dalam saat-saat genting sebegini, lelaki itu boleh memikirkan urusan kerjanya!
Cekap Tengku Aydan menyambut pencukur elektronik itu.
"Kau ni agak-agaklah. Mana sempat."
"Sempat. Dahlah, banyak songeh pula kau ni. Sini, aku cukurkan!"
Pipinya dilumur krim. Tengku Aydan mencebik. Dia tak meminta pun untuk diubah gaya. Sejak beberapa bulan, stail selekeh ini telah sebati dengannya yang setiap hari hanya berfikir soal kerja. Pergi kerja, balik rumah. Makan pun di luar. Dah tiada siapa yang sanggup masak.
Rindu benar dia dengan air tangan Hera. Cerewet-cerewet dia, tetap isterinya turutkan. Seleranya pun telah berubah. Masakan Melayu dah boleh telan sedikit-sedikit. Aduhai, silap kau Aydan sebab buang makanan yang dia masak! Kadang-kadang, ada satu tahap dia langsung tak sentuh.
Menyesal pun tak berguna. Orang itu dah tiada di sini. Bila tiba waktu tidur, tiada lagi suara sumbang Hera yang menyanyikan lagu untuknya. Lucu bila diingatkan kembali. Tengku Aydan yang amat bencikan bising, cuma pasang telinga di sebelah.Twinkle twinkle little star, lagu tidur kegemaran gadis itu. Mesti tak tidur lena kalau tak menyanyi.
"Hoi, kau berangan apa? Jambang kau dah bersih pun," kata Harez.
Menyedari mukanya selesai dicukur, dia melangkah ke tandas. Dibilas wajahnya dengan air suam yang telah dicampur dengan air panas. Moisturiser ditepek pada bahagian muka yang agak, kasar kesan daripada cukur. Sisa jambang dikemas-kemas.
"Handsome tak aku?" Sempat lagi Tengku Aydan memuji diri. Muka dilap dengan tuala bersih.
"Not bad. Masih rupa kentang," kutuk Harez. Dia bukan menghina ya! Cuma bila diamati, kentang berbentuk bulat dan tak sekata. Jadi bayangkan kentang adalah muka manusia. Ada mulut, mata dan hidung.
"Daripada kau, muka awam!"
Timer berbunyi. Disusuli dengan mesej peringatan yang telah dipasangnya. Kot biru di katil terus diambil.
"Gaduh dengan kau memang tak habis. Jom keluar, putera kentang," ajak Harez sebelum ketawa terkekek-kekek.
Pintu dibuka namun sesaat ditutup semula. Ya Allah! Terkesima dengan bilangan wartawan yang berkerumun di luar bilik hotel mereka. Siapa yang benarkan ramai-ramai ini naik ke tingkat ini? Sekuriti sini pun lemah. Reporter cikai pun tak boleh kawal. Ini salah Tengku Aydanlah kerana memuat naik lokasi hotel mereka di Instagram. Bahaya betul kuasa media sosial!
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
