CHAPTER#9

49 9 0
                                    

Wendy: Perjumpaan....

Wendell: Dengan raja...

John: Secara peribadi?

Mereka bertiga menghela nafas. Fang menyengetkan kepala memandang mereka yang nampak takut.

John: Saya bukannya apa,tapi kalau nak buat lawak tu buatlah yang logik sikit!

Fang: Tak. Saya tak buat lawak. Ini buktinya.

Fang menunjukkan sebentuk cincin yang ada lambang keluarga diraja. John tergamam melihat cincin tu, mukanya pucat.

John: Kau....siapa sebenarnya?

Fang: Cuma seorang pencipta.

Wendy,Wendell dan John bergerak ke istana untuk berjumpa dengan R.Rayden selepas Fang menunjukkan cincin tersebut.

John: Ergh....saya rasa tak sedap badan.

Wendell: Macam mana kalau dia marah sebab kita calarkan maruah Magiknight hari tu?!?

Wendy: Bukan ke itu sebabnya dia panggil kita?

Mereka bertiga masuk dalam bilik kosong di mana R.Rayden sedang menunggu bersama dua noble dan Fang turut ada di situ,bersandar di dinding.

R.Rayden: Masuk. Dan duduk.

Mereka bertiga bergerak seperti robot,duduk dengan kemas padahal dalam hati dah berdebar.

R.Rayden menjeling Fang sebelum memulakan bicara.

R.Rayden: Beta dah tahu tentang penglibatan kamu berdua dalam menewaskan Tyrano. Oleh itu,beta nak cakap terima kasih kerana pengorbanan kamu berdua.

Wendy dan Wendell memandang satu sama lain dan senyum. John masih berasa takut untuk mengangkat kepala.

R.Rayden: Biasanya,kalau kamu berdua askar,kamu berdua akan diberikan tanah dan pingat. Tapi sayangnya,kamu berdua masih belum matang. Jadi....beta rasa beta patut tanya apa yang kamu berdua nak secara berdepan.

Wendy ternganga dengan kata-kata R.Rayden manakala Wendell dah mula fikir apa nak minta.

R.Rayden: Bagaimana? Apa yang kamu berdua mahukan?

Wendy memandang Fang yang bersandar di dinding. Fang sekadar diam,memandang mereka.

Wendy: "Apa aku nak mintak dekat raja?!? Takkan aku nak mintak benda bodoh kot! Fikir Wendy! Fikir!"

Wendell: Tuanku! Kalau dibenarkan, saya nak minta kebenaran untuk keluar masuk istana setiap hari.

Wendy dah takut sampai rambutnya yang separas pinggang tegak. Dia tak sangka abang kembarnya akan buat permintaan yang agak merapu.

R.Rayden: Itu saja? Baiklah,beta akan benarkan.

Wendell: Yeah....!!

John: "Budak ni dah gila ke?! Bukannya benda senang nak keluar masuk istana sesuka hati!!!"

R.Rayden: Bagaimana dengan cik adik kita? Apa yang kamu mahukan?

Wendy ligat berfikir apa yang dia nakkan. Dia teringat akan perasaan semasa dia dan Wendell mengawal Magiknight.

Wendy: "Kalau aku minta benda tu, mungkin..." Tuanku,kalau diizinkan, saya nak minta...

R.Rayden: Hm?

Wendy: Saya nak minta kaedah penghasilan Magiknight. Semua sekali dari Outer Armour hingga ke Core Reactor.

Semua orang yang berada dalam bilik tergamam dengan permintaan Wendy,bahkan Wendell pun terkejut. Fang tak sangka yang anak didiknya sanggup buat permintaan gila tak macam Wendell.

FANG: SHADOW KNIGHTMAREWhere stories live. Discover now