Kembali ke negara Rindaria. Fang dibawa menghadap R.Rayden dan Garin di bilik takhta. Di belakangnya adalah mereka yang terlibat dengan penghasilan Magiknight generasi baru. Glen,Zackel dan Corlin yang takde kena-mengena pun terlibat sama.
Glen: "Kita tak buat apa-apa pun, kenapa kita kena ikut sekali ni?!"
Olwen: Tuanku,patik nak melaporkan tentang kejadian yang menimpa benteng Krauma dan apa yang terjadi pada Magiknight kita.
R.Rayden: Tak perlu. Beta dah dengar semuanya.
Olwen: Kalau begitu,patik nak minta pendapat tuanku tentang individu di sini.
Olwen menunjukkan Fang yang berdiri tegak dengan senyuman manis. Sejak dari tadi,dia tak berhenti senyum. Olwen rasa seram tengok dia.
R.Rayden: ....
R.Rayden bangun dari singgahsana dan berjalan turun ke bawah dan berdiri di hadapan Fang. Semua orang dah rasa longgar lutut. Tetapi apa yang terjadi seterusnya membuatkan mereka dumbfounded teruk!
R.Rayden: Kenapa kau tak cakap je yang kau kenal aku? Tak pasal-pasal kau kena label pengintip...
Fang: Rileklah. Kalau aku cakap,tak semestinya mereka akan percaya. Lebih baik biar mereka sendiri tengok dengan mata kepala mereka sendiri.
R.Rayden membuka gari tangan Fang dan berikan pada Olwen.
R.Rayden: Kau takde buat benda-benda bodoh kan?
Fang: Takde,selain bagi pengintip yang datang dari luar sedikit trauma.
R.Rayden: Hm...
R.Rayden kembali duduk di takhtanya. Dia perasan semua orang ternganga melihat interaksi dia dengan Fang.
R.Rayden: Tak payah nak terkejut sangat. Beta dan dia kawan lama...
Olwen terus pitam di situ. Garin pula tergamam dengan kelakuan R.Rayden dengan Fang yang bagaikan kawan biasa.
Garin: Tuanku! Macam mana tuanku kenal dengan individu ni?!?
R.Rayden: Dia dah ada masa ayah beta memerintah. Sejak itu,kami dah lama berkawan.
Wendy: Tuanku...
Wendy mengangkat kepala untuk bertanya soalan. Semua orang memandang dia seram.
Wendy: Berapa lama tuanku bersahabat dengan dia?
R.Rayden: Sejak saya lahir. Dia ada semasa pemerintahan ayahanda beta jadi...boleh kata dalam 100 tahun jugak.
Kali ni giliran Garin untuk pengsan. Wendy menunduk dengan muka memerah.
Wendy: *bisik* Kenapa aku tanya soalan macam tu?!?
Wendell: *bisik* Kau ni kan...!
R.Rayden: Sudah! Beta tahu mesti ada yang keliru dengan apa yang jadi! Beginilah,Fang adalah kawan lama beta dan dia juga ada hak dalam penghasilan Magiknight,import dan eksport Magiknight dan pembangunan teknologi Magiknight. Beta rasa kamu semua faham apa yang beta cuba sampaikan?
Mereka semua mengangguk. Fang duduk atas kerusi bayang di sebelah R.Rayden dengan bersilang kaki.
Fang: Jadi,apa topik kita? Tentang serangan ke atas benteng Krauma kan?
R.Rayden: *long sigh* Nampaknya ada negara yang dah lupa diri dan ambil kesempatan menyerang kita, hanya sebab kita yang mempertahankan mereka dari raksasa.
Fang: Dan.....tentang perkara tu,ada seseorang yang mengkhianati kita dan ikut jejak musuh.
R.Rayden: Maksud kau?
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...