Keith: Tch!
Keith memandang skrin hologram di kiri dan kanannya. Kesatria Magiknight dari Rindaria,Marnia, Clover Union dan para Demon Lord bergabung tenaga melawannya.
Keith: Ini memang menyusahkan. Tapi aku tak boleh duduk diam je walaupun Cybermera ni kebal. Aku perlu uruskan sendiri.
Keith tetapkan Cybermera mod auto-pilot dan turun dari Hood. Tangannya diselubungi api dan dia berjalan keluar.
Di luar,keadaan seperti ribut. Magiknight bertempur dengan robot ciptaan Keith dan orang bawahannya Velt dan Anne.
Velt: Haaa...!!
Velt menerkam Magiknight di hadapannya dan koyakkan jadi dua. Dia memecut laju memusnahkan Magiknight lain.
Velt: Siapa berani halang aku?!!
Olwen: Kau terlupa pasal kami?!
Olwen meluru ke arah Velt dengan pantas. Tangannya mengumpul udara dan menukarkannya menjadi serangan berfokus.
Olwen: Storm..
Velt: Heh! Kau pun pengguna Wind Art?! Marilah!
Olwen: Fist!
Tumbukan Olwen menyebabkan Hunter terseret ke belakang. Tumbukannya meningkatkan lekuk di badan Hunter.
Olwen: Kau ingat kau seorang saja yang ada kelebihan sendiri? Pengkhianat!
Velt: *spit* Cakap besar untuk orang macam kau!!
Velt terus menyerang Olwen tapi dia tak perasan Magiknight yang datang dari kirinya.
Damian: Black Claw!
Damian mencakar badan Hunter tetapi Hunter lebih pantas,menyerang balas dengan menendang Damian ke belakang.
Damian: Eegh...!!
Anne: Heat Wave!
Libasan berapi Anne memusnahkan beberapa Magiknight serentak. Dia terus memotong Magiknight yang datang ke arahnya.
Anne: "Mereka semua tak jadi masalah untuk aku! Tapi apa yang gergasi tu nak buat?"
Anne memandang Punk King yang berdiri di hadapan Cybermera. Kedua-duanya tak bergerak, menunggu salah seorang ambil langkah pertama.
Sementara itu,Fang dan yang lain berjaya buat lubang kecil pada kaki Cybermera.
Ace: Berjaya!
Yuyu: Tapi kecik sangat! Kita tak muat nak masuk!
Fang: Untuk korang. Aku boleh masuk.
Shinobu: Kau yakin kau seorang je boleh kalahkan Keith?
Fang: Aku tak berani cakap. Tapi aku perlu cuba dulu.
Gear: Fang.
Gear pegang tangan Fang dan lapisan lutsinar melekat di tangannya.
Gear: Aku berikan kau pelindung untuk elak bayang kau dari disedut masa kau ambik teras tenaga benda ni.
Fang: Terima kasih!
Ace: Dan ini dari aku!
Ace berikan bekas berisi pil hijau lumut.
Ace: Pil ni akan bantu tingkatkan tenaga kau untuk seketika. Sebaik saja kesannya tamat,kau akan alami sakit badan dan sendi.
Fang: Kenapa kau buat benda ni?
Ace: Aku berikan pada kesatria Magiknight yang lain untuk mereka gunakan. Kita perlu gunakan segala yang kita ada.
Fang: *angguk* Kalau macam tu,aku pergi dulu.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...