Wendy dan Wendell didedahkan dengan rancangan baru Fang untuk menghasilkan sut tempur dari Magiknight.
Wendell: Kenapa kami...?
Fang: Sebab korang ada potensi untuk lebih jauh dari orang lain.
Wendy: Potensi?
Fang: Ingat tak masa Wendell kalahkan naga besi tu?
Wendell: Ingat-ingat lupa.
Fang: Itu kali pertama kau gunakan teknik berbahaya macam tu. Dan teknik tu memakan tenaga jadi aku tak cadangkan korang guna dalam perlawanan.
Wendy: Dan sut MagiArmour ni....
Fang: Untuk bantu korang kawal tenaga Wind Art korang.
Mereka berdua memandang satu sama lain sebelum mengangguk.
Wendy: Boleh je. Kami tak kisah pun.
Wendell: Haah.
Sementara itu,Rayden,Reina dan Mina berada di taman yang terletak tinggi dari tanah. Mereka boleh nampak seluruh hutan dari situ.
Mina: *penat+kulit pucat*
Reina: Ayahanda,ini semua terlalu mengejutkan.
Rayden: Ya. Ayah sendiri tak sangka.
Shinobu dan Gordon akan menemani mereka sementara Gear bawa semua ahli Order of Shadow Night bersiar-siar di sekitar tempat. Yuyu dan Ace hilang entah ke mana.
Dron datang ke arah mereka dan hidangkan teh dan kek cheese triple layer.
Shinobu: Silakan. Tak perlu risau.
Mina memandang makanan di hadapannya. Dia agak tertarik dengan rupa kek itu.
Reina: Macam sedap je.
Reina suap kek dalam mulutnya dan...
Reina: Mmmm~!!! Sedap gila!!
Mina: Sedap?!
Mina turut sama makan kek tu dan dia rasa kesedapan yang dia tak pernah rasa sebelum ni.
Mina: Hmmm~~!!
Rayden pun sama. Dia tak pernah rasa kek seperti ini.
Rayden: "Sedapnya..." Kek apa ni?
Gordon: Kek cheese triple layer. Kek ni dibuat menggunakan keju sebagai bahan utama.
Rayden ternganga. Dia tak sangka yang keju yang biasa dimakan dengan daging boleh dijadikan manisan yang enak.
Rayden: *berdehem* Ehem!! Jadi.... apa kata kita mulakan perbincangan kita?
Sementara mereka berbincang,Fang mengambil ukuran badan Wendy dan Wendell dan mengukur kekuatan mereka.
Fang: Baiklah. Dengan ini,aku boleh hasilkan MagiArmour yang sesuai untuk korang.
Wendell: Yeah...!
Wendy memandang Fang. Dia rasakan ada sesuatu yang Fang sembunyikan dari mereka. Sebelum ni dia pernah rasakan perkara yang sama tetapi dia diamkan saja.
Wendy: Siapa musuh kita?
Pertanyaan Wendy mengejutkan Wendell. Fang perlahan-lahan memandang Wendy.
Fang: Takde siapa. Ini untuk....
Wendy: Tapi abang Fang,sebelum ni pun saya ada terfikir perkara yang sama. Siapa musuh kita? Atau lebih tepat,siapa musuh abang Fang sebenarnya?
Fang: "Tajam betul dia ni."
Wendell: Apa kau cakap ni Wendy?!
Fang: Takpe. Memang betul pun.
Fang ambil kerusi pusing dan duduk.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...