Wendell berjaya kalahkan Velt dengan teknik Wind Art terbaru.
Wendell: Yahoo! Rasakan!!
Jay: Tak guna...!!
Jay dan geng Velt yang lain mengelilingi mereka.
Jay: Berani kau berdua!
Wendy: Ada idea?
Wendell: Takpe! Biar aku belasah mereka dengan teknik baru aku!
Angin di tangan Wendell menghilang, meninggalkan tangannya tanpa perlindungan.
Wendell: Er...eheheheh...
Wendy: Kau ni mulut masin betul!!
Jay dan yang lain mendekati Wendy dan Wendell perlahan-lahan dengan senjata di tangan. Tetapi belum sempat mereka buat apa-apa,para guru datang dan hentikan mereka.
Peiro: Berhenti!!
Semua yang terlibat kecuali penonton dibawa ke pejabat pengetua. Wendy dan Wendell turut terlibat jadi mereka pun kena pergi pejabat pengetua.
Wendy: ....
Wendell: ....
Velt: ....
Selepas hampir satu jam membebel, pengetua berikan mereka semua notis hukuman gantung sekolah tiga hari.
Wendy: Haaaa~ Habislah rekod kita...
Wendell: Haih,apa nak jadi?
Mereka berdua sekarang berada di bengkel sekolah. Memandangkan mereka digantung sekolah mereka ada banyak masa lapang jadi mereka pergi ke bengkel untuk memerhatikan pekerja bergerak ke sana ke mari.
John: Janganlah sedih sangat. Tiga hari je gantung sekolah.
Wendy: Tapi rekod kami dah tercalar...
John: Saya tak kisah pun tentang rekod sekolah ke apa. Saya cuma macam mana nak jalani saat ini.
Wendell: Jangan jadi dramatik.
Tiba-tiba ada surat melayang dan mendarat atas muka Wendell. Dia mengambil surat tu dan berikan pada Wendy.
Wendy: Surat apa ni?
Wendy membaca surat tersebut. Beberapa saat kemudian,mukanya memucat.
Wendy: Alamak...
Wendell: Kenapa?
Wendy: Kita dipanggil ke istana untuk berjumpa dengan raja!!
Semua orang ternganga mendengar kata-kata Wendy. Spanar yang dipegang John terlepas dari tangan.
Wendell: Habislah kita...!!
Wendy: Kenapa kita lawan Velt semalam?!?
John: Bertabahlah budak-budak. Saya tak boleh bantu kalau hal macam ni.
Nak tak nak,mereka terpaksa datang ke istana untuk berjumpa dengan raja. Sebaik saja tiba di pintu masuk istana,ada pengawal iringi mereka ke bilik takhta. Kelihatan raja kerajaan Rindaria,raja Rayden Lich Rindaria duduk di takhtanya. Wendy dan Wendell tunduk hormat padanya dan mereka gunakan bahasa istana.
Wendy: Kami datang menghadap tuanku.
R.Rayden: Bangun.
Mereka berdiri tegak. Wendell cuba sembunyikan rasa gelisah dengan mengingati pelajaran dia bersama Fang.
R.Rayden: Kamu berdua tahu kenapa beta panggil kamu berdua ke mari?
Wendy: Kami tidak tahu tuanku.
R.Rayden mengusap dagu memandang mereka. Dia menjeling ke arah tiang dalam bilik itu. Kelihatan seseorang berdiri membelakangi mereka,mendengar perbualan mereka.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
Fiksi PenggemarFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...