Fang vs Dragoknight! 1vs 1!
Fang memandang naga besi di hadapannya dengan seringai sinis. Dia menghilang ke dalam bayang dan mengikat Dragoknight dari bawah.
Fang: Jangan mimpi nak lari.
Keith: Ooh~ Kau nak main macam tu ke? Okey,dua boleh main permainan ni.
Dragoknight meronta melepaskan diri. Tali bayang yang menahannya terputus satu persatu.
Fang: Kau....!
Fang lompat keluar dan hasilkan meriam bayang. Dia tembak Dragoknight bertubi-tubi. Dragoknight berlindung dengan sayap besinya.
Fang: Shadow Imitation: Golem Arms!
Tangan bayang gergasi memegang anggota badan Dragoknight. Keith mengawal Dragoknight lepaskan diri tetapi pegangan pada badannya agak kuat.
Keith: Kita gunakan ini.
Dragoknight lancarkan berpuluh homing missiles pada Fang. Fang mengelak serangannya dengan pantas tapi semua misil tak berhenti mengejarnya.
Fang: Woi! Mana aci macam ni!
Sementara itu,Gordon masih main badminton dengan Steel Rex. Dah berapa lama mereka pukul peluru berpandu tu,Gear rasa macam nak tembak je dua-dua dengan gattling gun.
Gear: Berapa lama kau nak main?! Rempuh jelah dia tu...!!
Gordon: Hm? Okey!
Gordon pegang peluru berpandu dan baling ke tepi. Dia berlari ke arah Steel Rex dan rempuh dia. Steel Rex terseret ke belakang namun ia berpusing dan menghentam Gordon dengan ekornya.
Gordon: Ugh...!!
Gordon bertahan dan halakan tangan ke arah Steel Rex. Gergaji rantai diaktifkan dan Gordon berlari ke arahnya. Dia menghentam kakinya dan potong dengan gegeanj rantai.
Gordon: Tumbanglah kau...!!
Steel Rex bertindak menendang Gordon tapi dia tikam tapak kakinya dan panjat naik atas belakang.
Gordon: Kau rasakan!!
Gordon masukkan tangan dalam badannya dan cuba capai teras tenaganya.
Keith: Alamak. Dia nak ambik mainan aku pulak. Takde pilihan selain buang.
Keith menekan butang merah di hadapannya dan....
BEEP! BEEP! BEEP! KA-BOOM!!
Steel Rex musnah sendiri bersama Gordon. Tapi Gordon berjaya selamatkan diri walaupun badannya tertikam serpihan besi.
Gordon: Guh....dia musnah sendiri!
Gear: Kau okey tak ni?!
Gear sembur cecair penyembuh pada Gordon untuk pulihkan dia.
Gordon: Aku tak apa-apa. Tapi kita tak dapat nak bedah cicak besi tu.
Gear: Tak apa. Kita ambil apa yang tinggal.
Sementara itu,Yuyu masih bertarung dengan Xaria. Xaria menyerang Yuyu tanpa henti tetapi War Valkyrie lebih lincah daripada dia. Setiap serangan dielak dengan mudah.
Xaria: *heavy pants*
Yuyu: Kenapa? Kau dah tak larat? Pergerakan kau makin perlahan.
Xaria: Tak! Takkan! Aku takkan-
Yuyu: Aku tahu.
Tangan War Valkyrie mencengkam kepala Magiknight Xaria dan cabut. Dia masukkan tangan dari situ dan cabut Xaria keluar.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...