Askar dari Laska Empire di kerajaan Veras telah dikalahkan dan kini mereka bergerak menuju ke kumpulan kota kecil yang bergabung menjadi satu kerajaan,Clover Union.
Kirean bersama askar yang lain menuju ke sana dengan kenderaan perang yang dicipta Keith. Levitator Ship yang membolehkan sejumlah besar Magiknight bergerak dengan pantas di udara.
Kirean: Kita dah hampir tiba di salah satu kota Clover Union! Bersedia untuk mendarat!
Clover Union terbahagi kepada tiga kota kecil. Harsen,Javal dan Krokus. Kirean bersama armada Titania merancang untuk menakluk Krokus terlebih dulu sebelum menakluk dua kota lain.
Kirean: Kita berada di altitud yang sesuai untuk turunkan Titania. Buka pintu hangar!
Pintu di bawah Levitator Ship dibuka. Kesemua Titania melompat turun ke bawah dengan rantai diikat di badan mereka untuk mengurangkan impak semasa mendarat. Mereka mendarat dan mara ke arah Krokus.
Sementara itu,pemerintah Krokus Luckey Stranof mengarahkan semua kesatria Magiknight Korkus untuk mempertahankan kota mereka. Dia dah suruh anak perempuan dia, Amelia Stranof larikan diri bersama kakaknya,Tina Stranof.
Tina: Amelia,cepat!
Amelia: Tapi macam mana dengan ayah!?!!
Tina: Kakak tak tahu! Tapi ayah nak kita selamat dan dapatkan bantuan! Itu tugas kita sekarang!
Amelia memandang arah mereka larikan diri. Mereka gunakan laluan tersembunyi untuk larikan diri ke luar. Mereka tiba di pintu keluar yang membawa ke kawasan yang berada jauh dari kota Krokus.
Tina: Mari!
Amelia: Kejap!
Amelia memandang ke arah Krokus dengan teropong yang tergantung di lehernya. Dia nampak sekumpulan Magiknight jatuh ke bawah dan mendarat di dalam kota Krokus.
Amelia: Magiknight apa tu?!!?
Tina: Kakak tak pasti! Tapi-
VHWOOOOOOOM!
Levitator Ship terbang di udara melepasi mereka berdua dan mendarat di dalam kota Krokus. Ada ia Levitator Ship yang membawa tentera Magiknight.
Amelia: Kapal tu....boleh terbang?!!!
Tina: Apa benda yang menyerang kita sebenarnya?!?!
Di kota Krokus,Kirean turun dari kapal dengan menaiki Magiknight miliknya,Jeilbar. Dia memandang sekeliling dan nampak Luckey yang tersepit dalam Magiknight dia.
Kirean: Heh! Ini dia ketua bandar kecil ni!
Jeilbar mengangkat badan Magiknight Luckey dan rapatkan wajahnya.
Kirean: Bagaimana rasanya? Kau tak berjaya pertahankan rumah kau.
Luckey: Pergi...
Kirean: Hm?
Luckey: Pergi.....mampus....kau....
Kirean: Berlagak.
Kirean hempas Magiknight tersebut ke tanah dan tendang sampai terseret jauh. Tangan belakang menyasarkan Luckey dan....
BOOM!
Amelia: AAAAAHHHHHH.....!!!!!
Amelia menjerit melihat ayahnya mati di tangan musuh. Badannya terasa lemah dan dia rebah. Tina sempat menyambut Amelia.
Tina: Amelia! Kenapa ni?!
Amelia mengalami kejutan melihat ayahnya mati. Tina terpaksa mengendong Amelia pergi dari situ.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...