CHAPTER#36

26 5 0
                                    

Keith memandang data yang dikumpulkan hasil perlawanan dia dengan Fang menggunakan Steel Rex.

Keith: Tak sia-sia aku gunakan Fang untuk uji kelebihan Steel Rex ni. Aku boleh hantar beribu robot macam ni untuk tawan seluruh benua. Tapi itu semua membuang masa.

Keith mengalihkan pandangan ke arah kawasan kilang. Dia memandang komponen dan anggota besi dicipta dan digabungkan menjadi satu.

Keith: Setakat ni takde masalah dengan proses pengeluaran. Lebih banyak robot,lebih banyak data. Dan lebih banyak data,lebih banyak robot.

Keith berjalan keluar ke tingkat atas. Dia memandang ke arah hutan dari dalam base.

Keith: Aku takkan biarkan kau musnahkan hasil usaha aku selama ni.

SKIP TIME

John: Jadi bos? Nak cuba tak kapal kita ni?

Fang: Kejap.

John dan krew berjaya menghasilkan kapal mereka sendiri menggunakan enjin dalam Levitator Ship sebagai rujukan. Dan reka bentuk kapal ni agak unik.

Fang: Macam mana dengan semua enjin? Dah diperiksa?

John: Dah dua kali dah.

Ivy: Kami semua dah sedia...!!

Fang: Haha! Kalau macam tu,mari mulakan!

Mereka semua naik atas kapal. Fang dan John berada di bilik kawalan. Di situ ada paip yang menghubungkan mereka dengan semua bahagian kapal.

Fang: Baiklah! Hidupkan enjin! Aktifkan mesin tu!

Enjin dihidupkan. Bunyinya yang kuat menandakan ia berada dalam keadaan baik.

John: Baiklah,bawa kita naik!

Kapal tersebut mulai terapung. Mereka jadi teruja melihat itu berjaya terbang.

John: Hahahahaha!! Tak ada sebarang masalah pun! Kekalkan altitud!! Bawa kita pusing sekeliling tempat ni!

Kapal itu bergerak dalam bulatan berlegar di sekitar hutan. Fang tersenyum puas dengan kejayaan mereka.

Fang: Akhirnya kita ada benda untuk lawan naga besi tu!

John: Hm? Kau nak letak apa pada kapal ni?

Fang: Adalah~

Setelah puas menguji kapal,mereka semua mendarat dan turun. Wendy dan Wendell berlari ke arah mereka.

Wendy: Abang Fang! Ada masalah!

Fang: Masalah apa?

Wendell: Ini...!

Wendell tunjukkan bola besi dengan satu mata yang rosak setelah ditikam Geisburg. Fang mengambil bola tu dan memandangnya geram.

Fang: Mana korang dapat benda ni?

Wendy: Belakang bangunan. Tiba-tiba je muncul....

Fang: "Keith...!!!"

SEMENTARA ITU

Di Laska Empire,Kirean dan Xaria dah bersiap sedia untuk menakluk kota lain dalam Clover Union. Memandangkan mereka gagal menakluk Javal,mereka akan terus ke Harsen.

Xaria: Askar-askar sekalian!! Bersedia untuk bergerak!!

Semua askar bersorak. Mereka berdua masuk dalam Levitator Ship dan duduk di tempat penyimpanan Magiknight.

Kirean: Kali ni kita tak boleh gagal...!

Xaria: Ya! Kita akan malukan nama ayahanda kalau terus kalah!

FANG: SHADOW KNIGHTMAREWhere stories live. Discover now