Kirean: Tak guna....!
Kirean memandang semua kapal di kiri dan kanan. Semuanya diserang oleh Ace dan tak dapat bergerak ke mana-mana.
Kirean: Cuba lepaskan diri cepat! Kita kena elakkan bertembung dengan-
FWOOOOOM!
Stratos,Barbatos dan Dark Knight terbang di udara sambil memerhatikan Levitator Ship untuk pastikan takde yang terlepas.
Stratos: Wendy di sini,semuanya baik saja!
Wendell: Sama juga!
Fang: Nampaknya takde kapal yang boleh terlepas dari lembing tu. Ace memang menakutkan kalau dia rancang sesuatu.
Mereka bertiga berkumpul dan mendarat.
Wendell: Sekarang apa?
Fang: Kita akan lawan mereka kalau mereka serang kita. Buat masa sekarang,kita tunggu dulu.
Sementara itu,Glen bersama Zackel dan Corlin sibuk menentang musuh bersama Order of Silver Owl.
Corlin: Haaa...!!
Corlin menahan serangan musuh dengan kedua belah tangannya. Dia menolak mereka ke belakang dan tikam badan mereka dengan kuku cakar. Tetapi perisai Titania yang tebal menyukarkan keadaan.
Corlin: Tsk! Tebal betul perisai mereka!
Zackel: Setuju! Gerudi tangan aku pun tak berapa berkesan!
Zackel menumbuk Titania di hadapannya dengan gerudi tangan tetapi kurang berkesan. Dia diasak ke belakang oleh jumlah Titania yang ramai.
Glen: Mereka ada perisai yang lagi tebal dari kita! Memang susahlah nak lawan!!
Corlin: Takde apa ke kita boleh buat?!
Damian dan ahli Order of Silver Owl membantu mereka namun hasilnya tetap sama.
Damian: Kita kena cari jalan lain!
Zackel: Hm.... nanti dulu!! Macam mana kau buat tu?!!
Glen: Buat apa?!?
Zackel: Kau buat perisai tanah masa kita mula-mula jumpa mereka!! Macam mana kau buat??!
Glen: Buat jelah! Aku tak fikir panjang masa tu! Aku terus buat dinding tanah!
Corlin: Maknanya.... kita pun boleh buat jugak!!
Gerudi tangan kanan Garius diselubungi api. Kemudian dia menumbuk Titania di hadapannya. Badannya tembus sikit dan haba dari api tadi menyebabkan Magiknight musuh mengalami haba berlebihan.
Zackel: Hahahah! Hebat!
Glen buka lubang di bawah mereka, menyebabkan mereka terjatuh ke dalam. Kemudian Zackel terus tembak mereka dengan peluru api.
Zackel: Rasakan...!!
Sementara itu,Kirean segera duduk dalam Magiknight miliknya dan segera keluar. Dia melompat turun dan mendarat di hadapan Fang.
Kirean: Magiknight hitam! Saya cabar kamu untuk berlawan!!
Kirean halakan pedangnya ke arah Fang. Fang menjeling Wendy dan Wendell dan mereka berdua mengangguk faham. Mereka segera terbang ke atas,meninggalkan Fang menentang Kirean.
Fang: Kau masih tak nak mengalah?
Kirean: Heh! Macam mana saya masih boleh panggil diri saya putera raja Laska Empire kalau saya lari dari medan perang!?!
Kirean berlari mendekati Fang sambil tangan belakang menembak Fang. Semua serangannya tembus. Fang depakan tangannya.
Fang: Marilah.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
Fiksi PenggemarFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...