Fang: Haaaaargh!
Keith: Aaaaaargh!!
Fang dan Keith bertarung menggunakan gergasi masing-masing. Keith guna Dragoknight manakala Fang gunakan naga bayang.
Fang sembur api padanya dan Keith mengelak. Dia tembak meriam pada Fang dan serangan tersebut kena tepat badannya tetapi pulih serta-merta.
Fang: Shadow Spike!
Duri-duri bayang terhasil di bawah Dragoknight dan menikam kakinya tembus,membataskan pergerakannya. Fang mengambil kesempatan menghentam Dragoknight.
Keith: Urgh! Liat betul kau ni...!
Fang: Terima kasih untuk pujian tu. Rasakan!!
Naga bayang jatuhkan Dragoknight dan tampar kepalanya berkali-kali.
Keith: Woah! Kau dah kenapa?!!
Dragoknight melilit ekornya pada naga bayang dan campak ke tepi. Gilirannya untuk tindih naga bayang dan tembak peluru berpandu.
Fang: Ergh...!
Keith: Rasakan! Hahahaha! Eh?
Gordon: Drill Fist!
Tumbukan gerudi Gordon berjaya tumbangkan Dragoknight ke belakang. Naga bayang bangun dan memandang Gordon dan Gear yang tiba dari langit.
Gordon: Kenapa kau tak cakap kau tengah lawan dia?!
Fang: Aku tak sempatlah! Tiba-tiba je dia datang serang aku!
Gear: Tapi nasib baik dia serang kau. Dapat jugak kita kepung dia.
Keith: Hehehe....kepung aku? Siapa cakap macam tu?
Fang menghilangkan naga bayang. Dragoknight bangun dan buka mulutnya luas. Sejenis meriam dihalakan ke arah mereka.
Fang: Eh? Ini....
Gear: Oh tidak.
Keith: Senjata rahsia,mesti disimpan ke saat akhir bukan? Rasakan serangan meriam ni!!
Meriam tersebut melepaskan tembakan ke arah mereka bertiga. Gordon dan Gear nak terima serangan tu dan bertahan tetapi Fang menghalang mereka.
Fang: Tepi! Biar aku uruskan!!
Bayang-bayang berkumpul di bawahnya dan membentuk lapisan dinding tebal di hadapan mereka.
Fang: Shadow Imitation: Anti Matter Wall!!
Dinding bayang Fang berjaya menghalang serangan Dragoknight. Keith terkejut melihat serangannya gagal.
Keith: Menyusahkan...!
Gordon: Apa kau buat ni?!!
Fang: Itu meriam elektrik dipanggil Railgun! Kau nak kena renjatan elektrik berjuta-juta volt ke apa?!
Gear: Patutlah ada tenaga yang banyak disebalik serangan tu. Elektrik...
Gordon: Habis tu apa kita patut buat??
Fang: Jangan bagi dia buka mulut! Dan jangan bagi dia terbang pergi dari sini!
Keith: Kau yakin?
Keith menekan butang pada panel kawalan dan sayap besi Dragoknight dilebarkan.
Keith: Kau semua takkan dapat halang aku!!
Muncul 5 ekor Dragoknight dari langit membantu Keith melarikan diri. Fang ingin mengejarnya tapi tak sempat. Keith dah terbang pergi dari situ.
Fang: Tch!!
Gordon: Dia ada lagi naga besi tu. Memang liat nak mati dia ni.
Gear: Sekurang-kurangnya kita tahu sejauh mana kebolehan dia.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...