Semua kesatria Magiknight berlatih dengan gigih untuk meningkatkan kebolehan Art mereka di bawah pengawasan Demon Lord.
Fang bersama Wendy dan Wendell adakan latihan tempur untuk menguji kebolehan berlawan mereka berdua.
Gordon dan Gear melatih kesatria Magiknight dengan ganas. Takde seorang yang terlepas tanpa sebab. Sama juga dengan kesatria Magiknight perempuan.
Karira dan Lussario berbincang dengan K.Otto untuk pergi ke kerajaan lain dan minta bantuan mereka.
Seminggu kemudian,semua orang menunjukkan peningkatan yang ketara.
Gear: Boleh tahan. Bagus tu.
Gear memandang kesatria Magiknight yang terbaring kepenatan di hadapannya. Walaupun tak mencapai tahap yang ditetapkan, mereka masih menunjukkan perkembangan yang positif.
Glen: Ha....ha....ha....lepas ni....ha....kita boleh......lawan....dengan lebih....ha....ha....baik....
Gordon: Bergantung pada keadaan.
Gear: Hm? Ace?
Gear menerima transmisi dari Ace.
Ace: Hei! Aku dalam perjalanan ke tempat korang! Aku ada bawak benda yang mungkin boleh bantu!! Aaaargh!
Gear: Kenapa kau kalut ni?
Ace: Aku kena kejarlah!!
Ace dikejar sekumpulan gorila gergasi di hutan. Dia larikan diri bersama bekas mengandungi bahan untuk membantu mereka semua.
Gear: Cepat sikit.
Ace: Aku tahulah-tepi lah!!
Panggilan ditamatkan.
Fang masih mendengar bunyi yang dia dengar tempoh hari. Bunyi itu kedengaran asing tapi pada masa yang sama,ia terasa familiar baginya.
Fang: "Apa ya? Aku macam kenal bunyi ni?"
Wendy: Abang Fang! Jaga-jaga!!
Ada sebatang pokok tumbang tercampak ke arahnya. Fang gunakan tangan bayang dan menangkap pokok itu dan letak tepi.
Wendell: Abang Fang okey ke?!!!
Fang: Okey! Teruskan berlatih!!
Mereka berlatih tanpa henti bagi meningkatkan kebolehan Art mereka. Bila hujung minggu tiba,tiba masanya untuk menguji keupayaan mereka sebagai kesatria Magiknight.
Gear: Baiklah. Kita akan tengok sama ada kamu semua boleh lakukannya atau tidak.
Mereka memandang kesatria Magiknight yang bersedia dengan senjata masing-masing di tangan.
Gordon: Hm....Glen,Zackel,kau berdua dulu.
Glen dan Zackel akan serang Gordon dan dia akan bertahan. Glen gunakan pedang berkembar begitu juga Zackel.
Zackel: Sedia!
Glen meluru ke arah Gordon dan hentam dia. Pedangnya disaluti tanah keras,menjadikan ia senjata berat.
Gordon: Boleh tahan. Seterusnya!
Zackel tumpukan tenaga pada hujung pedang. Ali marak menyala terkumpul di hujung pedang dan dia menikam Gordon namun ditepis mudah.
Gordon: Bagus.
Kedua mereka menurunkan senjata.
Gordon: Bagus! Keupayaan kau berdua meningkat.
Glen: Bagus!
Zackel: Yeah! Tak sia-sia kita berlatih macam orang gila seminggu ni!!
Fang: "Hebat jugak ya. Aku rasa mungkin mereka boleh lawan tanpa perlu gunakan Magiknight lepas ni. Tapi kalau mereka buat macam tu, takkan mereka masih kesatria Magiknight?"
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...