Velt dan orang bawahannya bergerak mendekati kota Krokus dengan bantuan Magiknight mereka,Hartivel.
Mereka bersembunyi di dalam hutan untuk elak dari dilihat. Sebahagian mereka turun dari Magiknight dan menyelinap ke dalam bengkel manala sebahagian lain tunggu di dalam hutan.
Velt: Cepat sikit! Kita perlukan tebusan untuk berunding dengan mereka!
Lima belas orang bawahan Velt menyelinap masuk. Mereka melepasi bengkel di mana John dan jurutera lain sedang bertungkus lumus menyiapkan enjin untuk kapal baru mereka.
John: Graph dah dimasukkan! Cuba tengok berfungsi tak?!
Wendy: Berfungsi dengan baik!
John: Bagus!
Mereka masuk ke dalam kuarters untuk kesatria Magiknight dan mencari Amelia dan Tina di setiap bilik. Mereka jumpa Amelia dan Tina di bilik di hujung koridor di tingkat tiga. Tetapi....
Fang: Oi.
Fang muncul dari kegelapan dan badannya mengeluarkan aura hitam.
Fang: Sedap-sedap korang je datang nak culik mereka. Lawan aku dulu kalau korang nak.
Mereka segera masuk ke dalam bilik dan menangkap Amelia dan Tina.
Tina: Uhm..!? Apa yang....
Mereka memandang Fang takut. Mereka gunakan Amelia dan Tina sebagai tebusan untuk larikan diri. Namun Fang sikit pun tak takut.
Fang: Kau semua ni boleh tahan lembap juga.
Bayang-bayang Fang menyelinap ke belakang mereka dan mengawal bayang mereka.
Fang: Aku boleh kawal bayang. Dan korang semua pandai sangat masuk dalam bilik gelap.
Mereka dikawal dan lepaskan Amelia dan Tina.
Fang: Sekarang korang rasakan.
Fang hentam mereka ke dinding dan siling bilik sebelum campak mereka ke tepi. Dia bantu Amelia dan Tina bangun.
Fang: Korang berdua okey?
Amelia: Ya.....
Tina: Apa jadi ni!?!
Fang: Mereka datang nak culik korang berdua. Rasanya nak dijadikan tebusan untuk berunding.
Tina: Dah tu!?! Mana kesatria Magiknight yang lain!?!
Fang: Mereka ada di bilik mereka. Saya akan bagitahu mereka tentang kejadian ni. Sementara itu,ikut saya kalau nak selamat.
Mereka berdua mengekori Fang dan berada rapat dengan dia. Penculik yang menyelinap masuk diangkat dan dimasukkan ke dalam sangkar diperbuat dari bayang.
Fang kemudian berdiri di atas bumbung kuarters dan menjerit....
Fang: MUSUH DAH DATANG!!!
Semua orang terus terjaga dan mengambil senjata mereka. Glen,Zackel dan Corlin pakai baju dan terus lari ke bengkel dan duduk dalam Magiknight mereka.
Glen: Mana!?! Mana musuh!?!!
Corlin: Entah! Tapi bos jerit ada musuh dah datang!
Wendy: Kenapa ni?!
Wendy dan Wendell terbang ke arah mereka dengan Geisburg.
Zackel: Ada musuh menyelinap masuk! Tapi tak tahu dari mana mereka datang!
Fang turun ke bawah dengan sayap bayang. Dia letak sangkar bayang di hadapan mereka.
Glen: Siapa mereka?
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanficFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...