Keith merupakan seorang anak yatim yang miskin. Walaupun begitu, dia ada bakat dalam bidang robotik dan teknologi
Saban hari,Keith akan ke pasar berdekatan atau restoran untuk makan apa yang tinggal. Kadang kala dia makan,kadang kala dia tak makan.
Dia dah terbiasa dengan kehidupan dia yang sering ke sana sini mencari makanan. Dia pernah dihalau pergi hanya sebab dia makan roti yang dibuang dalam tong sampah.
Satu hari,Keith merayau di sekitar pasar. Dia ternampak seorang lelaki bersama isterinya sedang membetulkan kenderaan mereka. Keith pergi dekat dan bertanya
Keith: Kenapa ni?
Lelaki itu bangun dan memandang Keith.
Dr.Collei: Kenderaan kami rosak. Kami tengah baiki enjin ni. Jangan main dekat sini!
Nora: Sayang,janganlah kasar sangat. Maaf ya tapi kami perlu cepat.
Keith: ......Saya boleh tolong...
Keith ambil alatan dari toolbox dan periksa enjin kenderaan. Selepas 5 minit,kenderaan mereka kembali hidup.
Dr.Collei: Woah! Macam mana kamu buat?!
Keith: Saya tak tahu. Ini hanya firasat saya.
Nora: Hebatnya kamu! Mesti kami rajin belajar kan? Mana ibu bapa kamu?
Keith: Saya anak yatim. Saya tak tahu siapa ibu bapa saya.
Nora: Oh. Ah,maaflah.
Keith: Tak apa.
Dr.Collei: Kalau macam tu,mari pergi! Kita dah terlewat nak ke mesyuarat ni!!
Dr.Collei dan isterinya segera meninggalkan pasar. Keith kembali merayau di sekitar pasar meminta makanan.
SKIP TIME
Keith berada di bawah jambatan,tidur dalam kotak kadbod beralaskan bantal lama yang dia kutip. Dia tarik selimut rabak menutupi badannya untuk tidur.
Keith: Hari ni dapat roti je. Esok mungkin lebih baik.
Keith hampir saja melelapkan mata. Ada cahaya datang dari atas buatkan dia terjaga. Dia bangun dan lihat Nora bersama Dr.Collei.
Nora: *smile* Hai~
Keith: Er....
Dr.Collei: Serius ke ni? Tak apa ke kita bawak dia balik?
Nora: Sayang,jangan macam tu. Dia dah tolong kita,takkan kita nak biar dia kat sini?
Nora ajak Keith balik ke rumahnya. Dia rasa kesian melihat keadaan Keith yang tak terurus.
Keith: Boleh ke...?
Nora: Dah tentu. Marilah.
Keith ikut mereka pulang ke rumah. Dia memandang Dr.Collei yang memandu keretanya dan Nora di sebelahnya.
Mereka sampai di hadapan rumah dua tingkat. Nora bawa Keith masuk ke dalam. Keith agak takut. Dia tak pernah ada rumah apa lagi jejakkan kaki ke rumah besar macam ni.
Dr.Collei: *heavy sigh* Masuk je. Kaki kamu tak kotor mana.
Nora: Sayang!!
Keith teragak-agak nak masuk. Dia berjalan perlahan ke dalam dan terpaku melihat betapa besarnya rumah tu dari dalam. Dari perabot dan hiasan rumah,jelas menunjukkan Dr.Collei dan isterinya orang berada.
Nora: Baiklah! Kamu boleh mandi sementara tukang masak sediakan makanan. Macam mana?
Keith: *slightly nod*
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
Fiksi PenggemarFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...