Fang bersama Order of Shadow Night bergerak ke Barzus Forest untuk menghentikan raksasa Blue Shell Crab. Bersama mereka adalah Reina, anak perempuan Rayden.
Fang: Korang sedia untuk bertempur?!
Glen: Dah lama sedia!
Glen,Zackel dan Corlin berada di barisan hadapan,memimpin pasukan mereka. Wendy dan Wendell berada di belakang mereka menarik sejenis kenderaan berperisai berat dengan sesuatu di dalamnya.
Fang: Baiklah! Wendy! Wendell! Mari kita ajar mereka cukup-cukup!!
Wendell: Takde siapa yang ganggu tempat penghasilan Core Reactor!!
Wendy: Ya!!
Zackel: Rasanya tujuan mereka lain dari kita.
Reina: Jadi,apa rancangan kita?
Fang: Wendy dan Wendell akan beri isyarat untuk mulakan! Zackel,kau dan pasukan kau keliling mereka dari tepi! Glen,kau dan Corlin umpan mereka keluar dari hutan untuk kami buru permaisuri mereka!!
Glen: Woah! Kenapa kami kena bahagian yang susah?!
Fang: Sebab kita ada Reina di sini! Gunakan kelebihan Damantia untuk hapuskan mereka dalam jumlah yang banyak!
Reina: Okey!
Mereka akhirnya tiba di tanah lapang sebelum masuk ke dalam hutan. Kelihatan ada Magiknight berdiri di situ menunggu mereka. Magiknight berwarna ungu gelap dan putih dan reka bentuknya yang menakutkan.
Fang: Ace.....
Wendell: Apa dia buat kat sini?
Ace: Yo Fang! Aku rasa kau perlukan bantuan aku kali ni!
Mereka bergerak mendekati Ace dan berhenti. Semua orang turun dari Magiknight masing-masing. Fang masih duduk atas kenderaan berperisai yang ditarik Wendy dan Wendell.
Fang: Macam mana kau tahu?
Ace: Aku ada cara aku sendiri.
Ace turun dari Magiknight dan mendekati mereka dengan tangan dalam poket seluar.
Ace: Ada benda yang tak kena dengan raksasa di sini jadi aku datang periksa. Ada seseorang atau sesuatu yang buat mereka terancam.
Fang: Tapi mereka berbahaya.
Ace: Aku tahu. Mereka dah terlalu jauh dari habitat asal mereka. Apapun,korang tak nak mereka hancurkan kerajaan Rindaria kan?
Glen: Kalau kau boleh bantu,itu akan kurangkan beban kami.
Ace: Boleh je. Korang semua kena pergi ke tempat tinggi dulu.
Fang: Kau nak buat apa?
Ace: Kau tahu apa aku nak buat.
Mereka sekadar menurut arahan Ace dan pergi tempat tinggi. Sebaik saja semua orang berada di tempat selamat...
Ace: Masa untuk mulakan pesta.
Ace naik Magiknight dan aktifkan senjata di bahunya. Beberapa peluru berpandu ditembak keluar dari bahunya dan menuju ke dalam hutan.
Fang: Bangang!!!
Zackel: Apa pun dia buat,aku tak rasa itu idea yang baik!
Seketika selepas tembakan dilepaskan,berpuluh-puluh ribu ekor raksasa ketam muncul dari dalam hutan.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...