Glen: Apa kita kena buat sebenarnya?
Glen,Zackel dan Corlin membantu jurutera kerajaan Veras menyiapkan sejenis senjata yang diminta oleh Ace.
Ace: Kau bertiga cuma tolong angkat bila dah siap je.
Zackel: Sekurang-kurangnya bagitahu kami apa benda ni?
Ace: Tunggu masa lawan nanti, korang akan terkejut habis.
Sementara itu,Fang sedang baring di bawah pokok,teringat abangnya Kaizo yang berada di dunia lain.
Fang: "Rindu betul rasa nak jumpa kapten. Tapi kalau dia nampak semua ni,boleh jadi dia mintak aku buat satu untuk dia. Tak boleh!!"
John: Boss,ada benda kami tak faham tentang.....senjata ni.
Fang bangun dan berjalan ke arah John. Dia memandang cetak biru yang dipegang John.
Fang: Kenapa dengan senjata ni?
John: Takde apa. Cuma kami tak pernah dengar tentang benda ni. Semua ni untuk Magiknight dia seorang je ke?
Fang: Yep. Kelebihan sebenar Ace hanya akan bersinar bila ada perang besar-besaran macam ni.
John: Kalau macam tu okey.
Mereka sedang bertungkus lumus menyiapkan senjata untuk digunakan menentang Laska Empire dan kenderaan perang mereka.
Di kota Krokus,Kirean berada dalam Levitator Ship dengan muka pucat. Badannya terasa lesu dan dia takde tenaga untuk arahkan tentera.
Kirean: Kita dah buat silap besar..... macam mana kita nak hadapi mereka?
Xaria: Kirean?
Xaria masuk dalam Levitator Ship dan nampak adiknya yang trauma.
Xaria: Kirean! Kenapa ni?! Cakap..!
Kirean: Mustahil....mustahil....
Xaria: Siapa.....Siapa yang buat dia jadi macam ni?!!!
Keith: Saya rasa tuanku berminat untuk hancurkan mereka?
Keith muncul di belakang Xaria dengan seringai sinis.
Xaria: Siapa yang buat dia jadi begini?
Keith: Mereka orang dari Rindaria. Dan mereka ada bantuan Demon Lord bersama mereka.
Xaria tersentak mendengar nama Demon Lord.
Xaria: Demon Lord? Apa yang....
Keith: Takde apa. Adik tuanku cuba halang mereka dari hapuskan seluruh bala tentera kita. Tapi malangnya... kekuatan mereka sangat berbeza dari apa yang kita bayangkan.
Xaria: Habis tu? Apa patut kita buat?
Keith: Saya cadangkan kita terus ke kota yang seterusnya,Javal.
Xaria: Baiklah! Kita akan takluk Javal dan akhir sekali Harsen. Dan kita akan satukan semula tanah yang berpecah belah ni!!
Xaria berasa bersemangat untuk menyerang Javal. Dia turun dari kapal dan segera ke bengkel untuk menguji Magiknight miliknya. Sebaik saja dia meninggalkan kapal,Keith dekatkan wajahnya dengan Kirean dan bisik di telinga.
Keith: Memang menakutkan betul tak? Tapi jangan risau,kita akan menang perang ni.
Kirean: Mustahil....
Keith tutup mata Kirean dan basuh otak dia. Dia bisik lagi di telinga Kirean.
Keith: Tuanku tak perlu risau. Tuanku adalah general yang akan memimpin askar kita ke kejayaan. Semua yang ada di laluan kita,akan dihapuskan oleh kuasa Magiknight kita yang muktamad.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...