Di sebelah sana banjaran gunung Kukuna,terdapat beberapa kerajaan manusia yang bebas dari serangan raksasa.
Kerajaan Marnia,kerajaan yang menguruskan aktiviti perikanan dan berada dekat dengan laut. Kerajaan Veras,negara kecil yang diketuai oleh permaisuri. Clover Union yang terdiri dari beberapa negara kecil. Dan Laska Empire,empayar yang terbesar dengan kehebatan ketenteraan yang jauh berbeza dengan Rindaria.
Semua askar Laska Empire berkumpul di perkarangan istana bersama Magiknight yang dinaiktaraf. Putera Laska Empire,Kirean Welk Bartomelow berdiri di hadapan semua askar.
Kirean: Askar-askar empayar Laska! Beta ada berita yang mendukacitakan semua! Ayahanda beta sudah tidak dapat bersama kita untuk menyaksikan kebangkitan kita!! Keadaannya semakin nazak!
Semua askar memandang Kirean dengan wajah sayu.
Kirean: Tetapi...!! Kita tak perlu bimbang!! Dengan adanya teknologi baru Magiknight,kita akan dapatkan semula kejayaan nenek moyang kita!!
Ada sepasang mata di belakang Kirean memandangnya dengan seringai tajam. Dia ketawa kecil melihat Kirean menaikkan semangat askar.
Kirean: Dulu,empayar kita adalah sebuah empayar gergasi yang dijulang sebagai kerajaan manusia terbesar! Tetapi,sayang sekali. Cita-cita bodoh telah menyebabkan empayar yang dahulunya gah,kini berpecah belah!! Apa yang jadi? Kita semua berpecah dan berkonflik antara satu sama lain!!!
Semua askar mengangguk. Mereka merasakan keazaman mereka membara mendengar kata-kata Kirean.
Kirean: Empayar yang agung tu, Albazatros kini telah berpecah!! Laska Empire,Clover Union,kerajaan Marnia dan kerajaan Veras!! Kini,dengan adanya Magiknight yang jauh lebih hebat dari sesiapa di luar sana,kita akan satukan semula empayar lama kita!! Semuanya untuk Laska Empire!!
Kirean tersenyum sinis melihat askarnya berkobar-kobar. Dia berpusing dan menuju ke bengkel di mana Magiknight ditempatkan.
Kirean: Tak lama lagi!
Kirean terserempak dengan adiknya,Anne Welk Bartomelow dan abangnya,Xaria Welk Bartomelow.
Xaria: Jadi? Kamu nak ke mana?
Kirean: Periksa Magiknight saya. Saya nak pastikan ia dalam keadaan terbaik untuk penyatuan semula empayar kita!
Anne: Kanda,mari ikut kami berdua sekejap.
Kirean: Ke mana?
Xaria: Untuk....berbual seketika.
Mereka bertiga menuju ke tingkat paling atas istana. Dari situ,mereka dapat lihat seluruh empayar.
Kirean: Jadi? Kenapa ni?
Xaria: Kirean,kamu yakin kamu nak pimpin askar kita pergi berperang?
Kirean: Sudah tentu!! Kalau bukan sekarang,bila lagi?!
Anne: Itu yang kami risaukan. Kanda rasa dari mana kita dapat sampel ujikaji Magiknight kalau bukan dari...
Kirean: Tak perlu risau sangatlah! Mereka mana boleh buat apa pun! Mereka cuma kerajaan kecil je! Kalau nak dibandingkan Rindaria dengan Veras,saya akan pilih Veras!
Xaria: Jangan angkuh. Bila tiba masanya,kamu akan menyesal.
Perbualan mereka terhenti di situ. Masing-masing pergi menjalankan urusan mereka.
SKIP TIME
Di Rindaria,Rayden,Mina dan C.Lextun sedang berbincang tentang isu yang sangat besar.
Mina: Macam mana ni ayahanda? Apa patut kita buat?
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...