Wendy dan Wendell dah berumur 18 tahun. Bermakna mereka dah jadi pelajar senior.
Wendy: Dah setahun berlalu. Kita dah jadi pelajar senior.
Wendell: Ya. Tak sabar aku nak ajar junior aku...
Wendy: Kau jangan buli mereka pulak.
Mereka sekarang berada di kelas praktikal untuk belajar tentang asas di sebalik teknologi Magiknight.
Peiro: Baiklah murid-murid. Hari ni saya akan terangkan tentang Magiknight dan komponen yang digunakan dalam menghasilkannya.
Peiro mula melukis rajah di papan hitam yang besar gedabak tu. Ambik masa 10 minit nak siap lukis.
Peiro: Baiklah. Ini adalah komponen Magiknight,dari luaran hingga dalaman.
Wendy dah keluarkan buku nota dan mula melukis manakala Wendell keluarkan buku nota dan menulis.
Peiro: Pertama,Outer Armour yang dihasilkan gabungan jurutera kimia dan sains. Seterusnya,Base Skeleton sebagai asas kepada bentuk Magiknight. Kemudian Crystal Nerve yang menyalurkan tenaga ke seluruh badan. Crystal Tissue yang seakan tisu badan manusia. Akhir sekali Core Reactor yang merupakan jantung Magiknight.
Wendy dan Wendell menulis dan melukis setiap patah perkataan yang mereka dengar. Ivy yang duduk sebelah mereka hairan dengan ketekunan mereka.
Peiro: Core Reactor menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan Magiknight. Crystal Nerve bertindak menyalurkan tenaga ke dalam Crystal Tissue yang kemudiannya menghidupkan segala fungsi Magiknight.
Wendell: Cikgu! Apa senjata yang diperlukan oleh Magiknight?
Peiro: Soalan yang bagus! Pertama, pedang besi yang dihasilkan oleh besi berkualiti. Kedua,perisai besi yang besar untuk melindungi Magiknight dan kurangkan kerosakan pada badan Magiknight. Ketiga,tongkat yang digunakan untuk menembak peluru berdasarkan Art tersendiri.
Wendy dan Wendell berpandangan sesama sendiri. Mereka hampir ketawa tapi menahan tawa mereka. Ivy memandang mereka berdua pelik.
Ivy: "Dah kenapa mereka ni? Demam ke apa?"
Habis je sekolah,mereka segera ke rumah Ivy di kawasan kelas ketiga. Mereka masuk ke dalam dan ke bengkel rumah Ivy.
Wendell: Fang! Kami dah dapat..!!
Fang melangkah keluar dari sebalik pokok. Wendell serahkan buku notanya dan Wendy pada Fang. Fang mengambil kedua buku nota dan baca isi kandungannya.
Fang: Oh....macam tu ya...menarik...
Wendy: Kami dah buat macam yang abang Fang nak. Jadi....
Fang: *chuckle* Dah tentu. Aku tak lupa. Nah.
Fang berikan mereka satu set Geisburg yang dinaik taraf. Mereka memegang Geisburg dengan teruja. Seorang ada dua pedang dengan sarung pinggang.
Wendell: Cantik!! Lepas ni boleh terus terbang!!
Wendy: Aip! Kau lupa ke? Kita kan ada kem esok!
Wendell: Alah....
Fang: Takpe. Aku ikut korang dari belakang. Bila malam je,kita belajar terbang. Okey?
Wendell: Okey..!
Wendy: Tapi,kem ni untuk pelajar senior dan junior sekolah je.
Fang: Takpe,aku ada cara aku nak ikut sama. Korang berdua jangan risau okey?
Fang mengusap kepala mereka lembut. Mereka suka bila Fang buat macam tu.
Wendell: Hehehe...
Wendy: Baiklah. Jumpa di sana ya...!!
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...