Punk King dan Cybermera berada jauh dari kesatria Magiknight lain. Mereka nak habiskan satu sama lain tanpa libatkan sesiapa.
Fang memandang Velt yang menggila disebabkan partikel nano biru dalam badannya.
Fang: Apa kau buat pada dia?
Keith: Takde apa. Anggaplah sedikit pertolongan dari aku.
Yuyu: Kureijī. (Gila.)
Keith: Mari! Tunjukkan apa yang kau semua boleh buat!
Cybermera bergerak ke arah mereka. Gordon kawal Punk King mengelak Cybermera tapi Keith lebih pantas. Cybermera menampar Punk King dan ia terseret ke belakang.
Gordon: Sedikit bantuan ya!
Robot Steampunk membalut badan mereka dengan wayar dan gabungkan kuasa mereka bersama.
Fang: Shadow Tiger!
Yuyu: Hagane no ha! (Steel Sword!)
Gabungan kuasa mereka membentuk pedang perak diselubungi bayang dan pemegang berbentuk harimau.
Gordon: Rasakan!!
Punk King melibas Cybermera dengan pedang tersebut. Pedang tersebut berjaya menembusi lapisan keluli badan Cybermera. Ini menyebabkan Keith rasa geram dan koyak.
Keith: Tch!
Gear: Shell Barrage!
Peluru berpandu keluar dari bahu Punk King dan menghentam wajah Cybermera. Keith bertahan. Dia kerah lebih banyak tenaga untuk bertahan dengan serangan itu.
Keith: Baiklah! Nah!
Bahu Cybermera terbuka, mendedahkan cangkuk berantai yang tersembunyi. Ia tembak cangkuk tersebut dan mengena tangan kanan Punk King.
Ace: Alamak!
Keith: Hehe!
Cybermera tarik Punk King ke arahnya dan terkam sampai terseret ke belakang. Ia ulang perbuatannya sampai tangan kanan Punk King hampir tercabut.
Gordon: Ugh! Seseorang perlu cabut cangkuk tu!
Ace: Eeerghhh!
Ace halakan tangannya ke arah cangkuk tersebut. Ia bergerak seperti ada tangan yang menariknya dan tercabut keluar. Semua yang ada terkejut melihatnya termasuk Keith.
Yuyu: Kau....ada kuasa?!
Ace: Ha....ha...ha....aku takkan dedahkan semua kebolehan aku pada sesiapa.
Keith: "Ace! Kau....!!!"
Cybermera berundur ke belakang. Ia menunduk dan pelancar roket di belakangnya terbuka. Ribuan roket pemusnah meluru ke arah mereka.
Fang: Shadow Wall!
Shinobu: Ji-jutsu: Taitan'u~ōru! (Earth Jutsu: Titan Wall!)
Mereka bertahan dari serangan tersebut. Keith sediakan meriam dari tanduk Cybermera dan tembak. Laser yang ditembak mampu membengkok dan mengena Punk King di sebalik dinding.
Gear: Woah! Woah! Woah!
Shinobu: Laser tu boleh membengkok?!
Fang: Macam mana dia buat!?!
Ace: Aku tak pasti tapi aku memang tak nak mati dalam ni!
Gordon: Punk King ni boleh tahan serangan dia! Tapi tak pasti berapa lama!
Pertembungan dua gergasi menyebabkan keadaan geografi berubah secara total. Setiap langkah yang diambil menggoncang bumi dan menghancurkan gunung.
Sementara itu,Wendy dan Wendell sedang berurusan dengan Velt yang sedang menggila.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...