Zackel: Kita dah sampai!
Order of Shadow Night dan Order of Silver Owl kini berada di sempadan Veras. Mereka sedang berbincang bagaimana nak masuk ke dalam kerajaan Veras.
John: Jadi.....kita kena menyelinap waktu malam jugak? Takde jalan lain?
Damian: Takde. Sepanjang kami perhatikan,mereka ada kesatria Magiknight berkawal di setiap pintu masuk bersama Magiknight mereka.
Burung-burung yang dilukis Shinobu kembali dan menyampaikan maklumat dengan bunyi burung.
Shinobu: Bukan di luar saja,ada lagi ramai di dalam sana. Tapi ada satu tempat mereka berkumpul beramai-ramai.
Shinobu keluarkan buku lukisan dan lukis pelan kerajaan Veras. Menggunakan mata makhluk yang dilukisnya,dia boleh nampak segala apa yang ada.
Shinobu: Di kawasan ni.
Corlin: Itu.....kawasan istana! Dan pusat bandar!
Zackel: Saya faham istana tu,tapi kenapa dengan pusat bandar?
Fang: Korang rasa sebab apa?
Yuyu: Ada sesuatu yang disembunyikan di situ yang mereka tak nak sesiapa tahu. Dan aku rasa aku tahu apa dia.
Ace: Biar aku teka? Base kau punya bukan?
Semua mata tertumpu pada Yuyu. Yuyu sekadar mengangguk dan menghela nafas panjang.
Yuyu: Mereka tahu ada benda di situ tapi mereka tak boleh masuk. Jadi mereka berkawal di situ sambil cari cara untuk masuk ke dalam. Tak guna....
Gordon: Sabar. Nanti kita masuk kita boleh belasah mereka.
Glen: Ada idea macam mana nak masuk ke dalam?
Wendy: Serahkan pada kami!
Wendy dan Wendell berada dalam Stratos dan Barbatos. Mereka berdua laga tumbukan.
Wendell: Pihak musuh tentu tak jangka yang kita boleh terbang dan mereka boleh menyelinap masuk kan?
Fang: Strategi tu mungkin berkesan. Tapi jangan terbang tinggi sangat, rendah sangat pun tak boleh.
Shinobu: Aku akan lukis sesuatu yang boleh sorokkan kedudukan korang berdua.
Gear: Bila kita berjaya masuk,Gordon dan saya akan pergi jalan masing-masing.
Damian: Kenapa?
Gear: Kuasa kami....
Gordon: Tak sesuai digunakan di tempat yang sesak.
Fang: Betul. Pastikan korang semua berada jauh dari mereka masa mereka lawan.
Selepas selesai perbincangan strategi mereka,Shinobu mula melukis sesuatu untuk sembunyikan kedudukan mereka. Damian dan ahli Order of Silver Owl bersedia dengan duit Magigear mereka.
Fang: It's showtime!
SKIP TIME
Waktu malam yang tenang. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Setidaknya itulah apa yang pihak musuh fikirkan. Mereka tak sedar yang Order of Silver Owl dah berada dekat dengan mereka. Dengan bantuan Magigear, bunyi tapak kaki mereka berjaya disembunyikan.
Damian: Kita masuk ikut sini.
Damian menunjukkan arah tembok yang kurang pengawal. Mereka melompat ke atas dan segera memengsankan pengawal. Kemudian, mereka meneliti keadaan sekeliling sebelum memberi isyarat kepada Wendy dan Wendell. Isyaratnya, nyalaan bola api.
Wendell: Sedia Wendy?
Wendy: Sedia!
Stratos dan Barbatos diselubungi kain yang dilukis Shinobu. Mereka menyamar sebagai burung untuk terbang di atas kerajaan Veras.
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanfictionFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...