Keith berjalan ke arah tempat penghasilan automata. Dia tersenyum gembira melihat begitu banyak askar automata dihasilkan dan disusun di ruang simpanan.
Keith: Setakat ni takde masalah. Tapi persoalannya,Magiknight Demon Lord tak guna tu. Macam mana nak uruskan?
Keith berjalan menuju ke pusat kawalan. Dia memandang keadaan base miliknya melalui ratusan kamera yang dipasang di seluruh tempat.
Keith: Hm.....nampaknya rancangan aku gunakan Laska Empire sebagai umpan dah berjaya. Sekarang,masa untuk fasa kedua.
Keith menekan butang di sebelahnya. Muncul imej pulau yang berada di lautan.
Keith: Masa untuk pusingan kedua~
SEMENTARA ITU~
Fang: Baiklah! Kita tak boleh buang masa lagi!!
Semua mata tertumpu pada Fang yang sibuk melukis di papan hitam.
John: Apa lagi ni?
Fang: Korang semua dah periksa ke Levitator Ship yang kita rampas dari musuh?
John: Dah lama dah.
Fang: Bagus. Boleh kongsikan dengan kami?
John mengambil kapur dari tangan Fang dan lukis rajah Levitator Ship.
John: Seperti yang semua orang tahu, Levitator Ship,sejenis kapal yang boleh bergerak di udara. Persoalannya,macam mana mereka boleh buat macam tu?
John lukis pulak rajah lain. Sejenis mesin dengan sejenis mineral yang disambungkan ke enjin kapal.
John: Selepas siasatan lanjut,kami dapati mereka gunakan Mithril untuk hasilkan mesin yang disambungkan ke enjin kapal.
Glen: Hm...
John: Tapi ini apa yang buat kami terkejut.
John bawa mesin yang mengandungi mineral ke arah mereka dan letak atas meja.
John: Ini.
Mereka memandang meisn tersebut kagum. Apa yang lebih mengagumkan adalah rupa mineral yang berada di dalam mesin itu.
John: Nampak? Mithril sepatutnya digunakan sebagai bahan utama dalam menghasilkan Core Reactor. Tapi ini kali pertama saya tengok jantung macam ni.
Fang meneliti mesin tersebut dengan teliti. Tiba-tiba Ace dan Shinobu muncul dan turut sama memerhatikan mesin itu.
Ace: Nampak kompleks,tapi sebenarnya mudah.
Shinobu: Boleh tahan gila mamat tu.
Fang: Korang berdua muncul dari mana?
Ace: Kitorang baru je lepas servis Magiknight aku.
Zackel: Jadi? Berminat untuk terangkan pada kami?
John: Ya. Nampak mineral yang ada dalam mesin ni? Saya dah berbincang dengan Damian dan kami bersetuju, ini adalah Eitheria.
Fang: Eitheria?
John: Sejenis mineral yang terhasil di tempat yang ada banyak tenaga. Mineral ni terhasil dari tenaga yang terkumpul dan merupakan sumber yang agak bernilai. Tapi pada masa yang sama berbahaya.
Fang: Kenapa?
John: Sebab mineral ni lebih kurang sama dengan racun untuk Magiknight. Kalau terlalu banyak tenaga disalurkan ke Core Reactor, bahagian dalamnya akan mereput.
Fang mengusap dagu. Dia seperti memahami sesuatu selepas mendengar penerangan John.
John: Tapi ini saya tak faham. Kenapa mereka gunakan Eitheria kalau mereka tahu tentang bahaya benda ni?
YOU ARE READING
FANG: SHADOW KNIGHTMARE
FanficFang tak sengaja buat kesilapan semasa menyelamatkan power sfera dan mati. Dia dihantar ke dunia lain di mana teknologi menghasilkan robot lebih maju dari dunia asalnya. Fang: Biar betul?!? Aku pun kena?! Author: Haah. Giliran kau. Idea dari: Knight...