7 TAHUN BERLALU,
"UTEH jaga rumah ya? Aisya nak keluar pergi cari rezeki. Nanti bila dah dapat duit yang banyak, Aisya boleh beli sangkar yang cantik untuk Uteh. Jangan nakal-nakal tau. Hmm?"Seekor kucing berkaki tempang yang meringkuk manja di dalam kendongan Aisya, menggesel lembut wajahnya ke arah dada gadis itu.
Tawa merdu Aisya kedengaran apabila melihat sikap manja Uteh.
Sungguh manja! Persis sifat manja seorang manusia.
Jari runcing Aisya yang halus dan kecil itu mula menggaru lembut pada bahagian bawah dagu Uteh sebelum kepala kucing yang berwarna putih susu itu dicium berkali-kali olehnya.
Geram! Terlalu comel!
"Meow~"
Uteh semakin melekap rapat pada dada Aisya. Kelopak mata kucing itu juga mulai kuyu apabila terbuai dengan elusan lembut Aisya itu.
"Manjalah Uteh ni. Aisya pergi sekejap je. Nanti malam Aisya peluk Uteh lagi. Okay?"
Aisya merendahkan tubuhnya seraya melepaskan Uteh ke bawah. Melebar senyuman gadis itu melihat Uteh yang berusaha untuk berjalan meskipun satu kakinya tidak sempurna seperti kucing yang lain.
Sayang dan kasihnya kepada Uteh tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Hanya Uteh sahaja satu-satunya keluarga yang merangkap sahabat buat Aisya. Biarpun Uteh itu hanyalah seekor kucing semata-mata, namun segala perilaku Uteh terhadap Aisya saling tidak tumpah seperti sifat seorang manusia.
Jika Aisya sedang berduka, Uteh datang menggeselkan badannya sambil mengiau berkali-kali sehingga Aisya berhenti menangis. Perbuatan Uteh itu seakan menyiratkan Aisya untuk tidak bersedih lagi.
Begitu kasihnya seekor kucing terhadap manusia yang telah melakukan ihsan kepadanya.
Dua bulan yang lepas, ketika Aisya berjalan pulang setelah seharian mengerah tenaga, Uteh dijumpai di dalam sebuah longkang yang kotor dengan disirami air hujan yang lebat di mana hampir melemaskan Uteh yang ketika itu masih kecil dan sedang cedera.
Sebaik sahaja Aisya melihat kejadian tersebut, gadis itu berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Uteh dengan melangkah turun ke dalam longkang tersebut meskipun hujan pada waktu tersebut begitu lebat membasahi bumi.
Apabila berjaya membawa Uteh keluar dari tempat yang gelap dan kotor itu, Aisya kemudiannya bergerak pulang ke rumah sewanya sambil mengendong Uteh di dalam hujan lalu dia merawat dan menjaga kucing itu sehingga sembuh dan sihat seperti sediakala.
Bermula dari detik itu, Aisya memelihara Uteh dan dijadikan sebagai sahabat kesayangannya sehinggalah ke hari ini.
Namun, setiap kali Aisya memandang pada kaki Uteh yang tempang itu, air matanya seakan tidak dapat ditahan dari terus mengalir membasahi wajah. Terdetik di fikiran Aisya membayangkan bagaimana kehidupan Uteh di luar sana sebelum ini. Dengan keadaan kaki yang tidak sempurna, pasti sukar untuk Uteh mengharungi setiap hari-harinya. Namun begitu, kecacatan tersebut sama sekali tidak pernah membataskan sifat semulajadi Uteh seperti kucing-kucing yang lain. Sebaliknya Uteh begitu aktif dan riang. Gemar berlari dan melompat ke sana ke sini.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...