🥀BAB - 4

33.1K 1K 164
                                    

AIR mata Aisya bertali arus tanpa tiada titik noktah. Badan kecil itu juga menggigil kencang. Seperti dibadai ribut taufan yang dahsyat menimpa.

Sendi yang terasa longgar pada lutut dan kaki menyorot badan Aisya terjatuh lemah pada lantai. Dibawa rapat lutut ke dada. Dipeluk erat kaki yang masih menggigil.

Rayuan dan wajah Riyyadh masih lagi terngiang-ngiang di dalam kepala.

Mengapa di saat jiwa yang sudah sembuh diuji kembali tanpa rela?

Apa lagi harus Aisya lakukan agar dapat membebaskan jiwanya dari cengkaman Riyyadh?

Atau, memang sudah tertulis buat Aisya bahawa jiwa dan tubuhnya akan terperangkap di dalam genggaman Riyyadh untuk selamanya?

Kesedihan dan ketakutan yang sudah lama dibuang jauh selama tujuh tahun ini akhirnya kembali menghuni di hati.

Bibir yang tadinya dinoda oleh Riyyadh, dikesat dengan begitu kasar. Sungguh kasar sehingga menitis darah yang pekat.

Pedulikan rasa sakit itu.

Kerana sakit yang mencucuk pada hati terasa lebih ngilu tiada ubatnya.

"Kenapa tuan kembali? Aisya sudah lama lupakan tuan. Tapi kenapa tuan kembali untuk menuntut Aisya semula? Tuan sepatutnya sudah berbahagia dengan Cik Tiara. Tetapi kenapa harus dicari Aisya lagi? Aisya bukan tempat untuk tuan lepaskan nafsu..."

Aisya mendaratkan kepala pada sudut dinding. Bibir halus yang disirami darah pekat itu bergetar tanpa rela. Birai mata yang sudah sembab itu semakin deras mengalirkan air mata.

Putaran waktu seakan terasa nyata. Perbuatan kejam Riyyadh pada zahir dan batin Aisya kembali menari-nari mengingatkan gadis itu.

"Aisya tak akan pernah lupakan perbuatan tuan pada Aisya. Dan selamanya, tuan tidak akan pernah dapat menerima kemaafan dari Aisya!"

Malam itu, Aisya melukakan anggota tubuhnya sendiri.

Mata pisau ditoreh berkali-kali pada isi lengannya.

Apabila terasa sakit, dia berhenti.

Namun, di saat wajah Riyyadh muncul kembali, darah juga sambung menitis dari arah lengannya.

Ditoreh dalam agar dia dapat melupakan kesakitan yang pernah Riyyadh berikan dahulu.

Seandainya membunuh diri itu adalah tidak salah di sisi agama, sudah pasti itu yang dilakukan oleh Aisya di saat jiwanya sudah hancur dan ranap pada waktu ini.

Aisya menangis bukan kerana sakit pada lengannya.

Sebaliknya, tangisan gadis itu dilepaskan angkara Riyyadh yang kembali untuk mengurung Aisya di dalam sangkar neraka lelaki itu lagi.

Kedatangan Riyyadh pada fikiran Aisya, adalah kerana nafsu semata-mata. Kata maaf dan air mata bekas suaminya itu palsu dan lakonan cuma!

Kerana, andai benar penyesalan Riyyadh itu ikhlas dari lubuk hati, tidak mungkin bibir Aisya akan dinoda oleh lelaki itu lagi.

Jelas sekali, Riyyadh mencari Aisya hanya untuk kepuasan naluri kelelakiannya sahaja!

Jika sudah digelar sang syaitan, maka selamanya akan bertuhankan kejahatan.

Itu selayaknya buat Riyyadh!








🥀🥀🥀

TANGAN yang menggigil naik menadah doa yang ikhlas. Birai mata juga sudah membengkak kerana tidak berhenti dari terus menangis.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now