🥀BAB - 14

25.8K 1.1K 111
                                    

DENGAN cekap dan penuh senyap, Riyyadh memanjat palang balkoni biliknya yang berada di tingkat tiga. Jarum jam menginjak ke angka 2 pagi. Dia pasti, semua penghuni di dalam mansion ini sudahpun berlayar ke alam mimpi.

Jadi, inilah peluang untuk dia bertemu dengan Aisya setelah empat hari dia dikawal dengan ketat oleh Rayden yang melarangnya dari berjumpa dengan bunga pujaan hatinya itu.

Mata tajamnya teliti memerhati segenap keadaan di bawah sebelum dengan satu lompatan dia sudah berjaya mendarat dengan kemas di daratan.

Lantas, dia berdiri dan berlari anak menuju ke arah garaj namun tidak semena-mena muncul dua pengawal peribadi Rayden yang menghalang laluannya.

Riyyadh berhenti melangkah. Wajah yang dingin dan beku ditayangkan.

"Move." Arahnya sepatah namun terselit dengan ketegasan.

"Maaf Tuan Riyyadh. Kami ditugaskan untuk menghalang tuan keluar dari mansion ini." Jawab salah seorang dari mereka.

Riyyadh menderam kuat. "I said move! Or I'll break your neck!"

"Maaf tuan, tapi ini adalah arahan dari Tuan Rayden."

Huh.

Lidah ditolak ke isi pipi. Iris coklat Riyyadh mula berubah hitam. Pandangan yang dingin menjadi tajam bersama aura gelap yang menyelubungi.

"Kau bukan siapa-siapa untuk halang aku!"

Serentak itu, dia mengangkat kaki kanannya dan berpusing 180 darjah lalu menghentak kuat sisi leher lelaki pertama tersebut sehingga bunyi tulang yang retak kedengaran.

PRAK!

"Tuan!"

Lelaki kedua pula dengan laju menyerang Riyyadh namun tangkas serangan itu dielak dan leher lelaki itu dicekak kasar sebelum dihumban ganas ke jalan.

Lalu, Riyyadh menindih tubuh lelaki itu sambil menumbuk berkali-kali wajah pengawal tersebut. Segala rasa marah dan geramnya dikeluarkan pada malam itu.

"Tt-tuan...uhukk!"

"Jangan ada sesiapa yang berani halang aku lagi! Faham?!"

Puih!

Wajah lelaki itu diludah. Tanpa membuang masa, Riyyadh terus berlari menuju ke arah motorsikal berkuasa tinggi miliknya dan terus menghidupkan enjin seraya memakai helmet dan menyarungkan sarung tangan.

"STOP! TUAN TAK DIBENARKAN UNTUK KELUAR DARI MANSION INI!"

Muncul pula beberapa orang pengawal peribadi Rayden yang bertubuh sasa dan tegap menghalang laluan Riyyadh buat kali keduanya.

Panahan mata Riyyadh dari sebalik visor helmet yang dipakai jelas membuktikan segala kemarahannya. Satu persatu wajah yang sedang mengelilingnya itu ditatap ibarat sang pemangsa yang sedang kelaparan.

Ngauman enjin superbikenya turut kedengaran kuat dan menggerunkan.

Isi dalam pipinya ditolak dengan lidah. Lalu dengan tenang dan tanpa gentar, Riyyadh melangkah turun dari superbikenya tanpa mematikan enjin.

"Maaf tuan, tapi ini arahan dari Tuan Rayden." Tegas ketua kepada pengawal-pengawal peribadi di situ. Di belakang lelaki yang bernama Jefri tersebut, terdapat kira-kira enam orang anak-anak buahnya.

Masing-masing sudah mula mengacukan glock ke arah Riyyadh sebagai persediaan sekiranya lelaki itu bertindak di luar kawalan.

Riyyadh tersenyum sinis melihat glock yang diacu tepat ke arahnya itu.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now