🥀BAB - 28

42.5K 1.1K 55
                                    

KASIH sayang Riyyadh buat Aisya kian melimpah ruah pada setiap saat yang berdetik.

Kekosongan pada hatinya kini sudah terisi lengkap dengan kehadiran Aisya sebagai ratu di hatinya itu.

Ruang yang istimewa dan khusus buat Aisya seorang. Bahkan turut dikunci dengan kalimah cinta yang bersaksikan kesetiaan di jiwa.

Kaki yang pegun berdiri di belakang Aisya mula melutut perlahan menjadikan gadis itu terkurung di tengah tubuhnya.

Ditiup perlahan corong telinga Aisya menghembuskan nafas hangat yang menyentakkan lamunan gadis itu.

Aisya berpaling sebelum tergaris senyuman yang manis pada wajah yang anggun itu.

"Ya, hubby?" Lenggok suara yang menggetarkan hati Riyyadh itu menerbangkan sekumpulan rama-rama di dalam perutnya.

Dengan lembut, dahi mulus Aisya menjadi landasan bibirnya berlabuh.

Sesaat namun memberi debaran yang kencang di dada.

Aisya tersipu malu. Menunduk ke bawah saat Riyyadh tidak lepas dari merenungnya.

Sifat malu itu semakin memikat hati Riyyadh pada Aisya. Menambat cinta yang tidak akan pernah berhenti berjuang.

"Masih malu, hmm?" Suara garau itu mengusik nakal sambil mengintai wajah Aisya dari bawah.

Kemudian, tawanya terletus perlahan di mana matanya menangkap wajah Aisya yang merah padam itu.

"Alahai, isteri siapalah ni? Merah betul ya muka tu? Dah banyak kali 'bersama' pun masih malu dengan hubby. Ini yang buat orang geram ni."

Hidung kecil Aisya dicubit perlahan. Terus wajah gadis itu terangkat. Makin membahang wajah Aisya mendengar perkataan 'bersama' yang ditekan dalam oleh Riyyadh itu. Terkenang gelora asmara mereka yang berlangsung hangat selama hampir seminggu ini. 

Darah panas menyerbu muka. Ingin menangis melihat sunggingan nakal Riyyadh. "Haih, budak kecik ni. Malu pulak dia. Okay, hubby tak usik dah." 

Wajah Aisya yang seperti udang bakar itu menghentikan usikan jahat Riyyadh. Menangis bunga tu nanti dibuatnya. Lalu, posisi duduknya dikalihkan kepada posisi bersila dan dengan tenaga yang gagah, sekali angkat sahaja, gadis itu sudah selamat didudukkan di atas ribanya. 

Akur Aisya menurut tanpa bantahan. Merelakan sahaja perlakuan Riyyadh mengambil alih pergerakan tubuhnya. Dengan lembut, lengannya dibawa oleh Riyyadh untuk melingkari leher lelaki itu. Terasa begitu erat pelukan Riyyadh pada tubuhnya. Kemudian, mereka saling berpandangan sebelum masing-masing membalas senyuman. 

"Flower buat apa dekat sini?" Tidak berkalih matanya dari terus jatuh meneroka segenap wajah yang sentiasa menjadi tatapan matanya itu. 

"Aisya ambil angin sekejap." Ringkas dan mudah jawapan yang diberikan. 

Bibir Riyyadh memuncung jauh ke hadapan. "Sampai hati healing tak ajak hubby sekali. Sedih tau celik mata je flower tak ada kat sebelah." Rungutan itu mengundang senyuman yang lucu pada Aisya. 

"Aisya tak sampai hati nak kejut hubby. Maaf ya?" Ujar Aisya dengan lembut. 

Riyyadh mengeluh perlahan. "Hmm. Yalah, maaf awak diterima oleh saya." 

Serentak gelak tawa mereka terlepas setelah Riyyadh mengajuk suara kartun yang terkenal iaitu Doraemon. Sehingga berair mata Aisya mendengar ajukan yang saling tidak tumpah itu. Kagum!

"Hubby boleh tiru suara Doraemon?" Teruja Aisya melontarkan soalan itu. 

Well, senyum banggalah mamat tu seorang. 

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now