"IYAD!"
Safiyah meraung sepenuh hati seiring dengan tubuhnya yang terjelepuk lemah ke atas lantai hospital sambil ditenangkan oleh Rayden.
Ranap hatinya sebagai seorang ibu.
Melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ngerinya keadaan Riyyadh yang kehilangan banyak darah dengan perut yang terbelah menampakkan isi dalamnya.
Air mata Safiyah bertali arus. Tangisan wanita itu juga bergema kuat dan melirih penuh sayu.
Membuatkan Rayden turut sama mengalirkan air mata sedihnya apabila melihat pintu bilik kecemasan yang menempatkan Riyyadh di dalamnya.
"Sayang...shh, jangan macam ni, kita kena kirimkan doa untuk Iyad. Supaya dia kuat di dalam sana..." Rayden bersuara untuk memujuk cinta hatinya itu.
Rayden menunduk mengucup kepala Safiyah.
Menyalurkan kekuatan buat sang isteri. Di sebalik ketenangan yang dipamerkan, hanya dirinya sahaja yang tahu betapa takutnya dia melihat anaknya sendiri sedang bertarung nyawa di dalam sana.
Rayden juga turut berduka. Andai dia tidak meneruskan rancangannya itu, pasti keadaan tidak akan menjadi sekeruh ini.
Kesalahannya dipikul di atas bahu.
Kesilapannya mengatur langkah mengundang akibat dan malapetaka yang mempertaruhkan nyawa anaknya sendiri.
Namun, untuk menyesal...sudah tiada gunanya lagi.
Air mata mengalir perlahan. Membasahi tudung Safiyah. Pelukan pada tubuh isterinya semakin diketatkan. Gigilan yang kencang dari Safiyah turut menggetarkan tubuhnya.
Raungan dan pekikan Safiyah semakin meruntun hati.
'Bertahan Iyad, bertahan demi Aisya...'
🥀🥀🥀
"DADDY!"
Rayden menoleh. Rafael yang sedang bergegas ke arah dirinya dan Safiyah dipandang dengan pandangan yang kosong.
"Macam mana dengan along? Apa yang dah jadi?"
Rafael menerpa dengan soalan yang bertubi-tubi di dalam sekali nafas.
Namun, Rayden hanya menggeleng. Sebagai tanda bahawa soalan itu tidak mahu dijawab.
Keluhan dilepaskan oleh Rafael. Lalu, kaki panjangnya melangkah ke arah Safiyah dan mengambil tempat di kerusi yang kosong bersebelahan wanita itu.
Dia menahan air mata saat melihat wajah sembap Safiyah. Raut wajah itu juga kosong tanpa sebarang riak. Hanya termenung melihat ke arah pintu bilik kecemasan yang masih tidak ada tanda untuk dibuka.
Abangnya masih dirawat di dalam bilik tersebut. Masih bertarung nyawa.
"Mummy..."
Badan Safiyah dipeluk erat. Lalu, tangisan wanita itu kembali bersenandung.
Melepaskan kesedihannya sekali lagi. Sudah satu jam berlalu, tiada khabar berita mengenai Riyyadh di dalam sana.
Hatinya bimbang! Resah memikirkan keadaan anaknya.
"Mummy, Raf ada. Raf tahu along kuat. Mummy jangan risau ya?"
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...