SEJAK kejadian tempoh malam, layanan Riyyadh kepada Aisya seakan-akan dingin dan tidak lagi seperti biasa.
Berkali-kali Aisya memujuk namun dibalas dengan amarah yang membara dari Riyyadh. Sehingga membenihkan semula satu per satu ketakutan Aisya terhadap suaminya itu.
Air mata yang mengalir tanpa dipinta segera dikesat laju. Aisya menepuk dada. Perlahan dan berkali-kali. Menenangkan dirinya bahawa semua ketegangan ini akan beransur reda.
Susu yang dibancuh buat Riyyadh ditatang dengan berhati-hati. Demi menyelamatkan hubungan mereka, Aisya tekad menghadapi baran suaminya itu.
Satu tangan membawa gelas berisi susu. Manakala satu tangan lagi menampung bahagian bawah perutnya. Perubahan bentuk perutnya yang semakin membesar itu membataskan setiap pergerakan Aisya.
Tangga didaki perlahan. Berhati-hati untuk menepis perkara yang tidak diingini dari terjadi. Bersama nafas yang jelas lelah, Aisya mendaki anak tangga yang terakhir.
Lafaz bismillah diucap di dalam hati. Pintu bilik kerja Riyyadh menjadi tujuan. Dikuak perlahan sehingga mendedahkan keberadaan Riyyadh di dalamnya.
Dari sudut mata, Riyyadh mengerling Aisya tanpa sebarang perasaan. Tangannya lincah menaip papan kekunci dan fokusnya diberikan seratus peratus kepada kerja yang masih tertunggak itu.
Kehadiran Aisya di dalam ruangan itu diabaikan. Rasa marahnya masih tidak berkurang. Jika diikutkan rasa hati, sudah lama Aisya diberi 'pengajaran' yang secukupnya. Namun, Riyyadh masih memikirkan perihal anak mereka di dalam rahim Aisya.
"Hubby..." Senyuman manis tidak lekang dari wajah ayu Aisya. Gelas berisi susu itu diletakkan di sudut meja Riyyadh.
Meskipun tiada reaksi yang ditunjukkan oleh Riyyadh, namun Aisya setia memujuk.
"Aisya ada bancuhkan susu. Nanti hubby minum ya?"
Tiada suara mahupun tindakbalas. Sekadar bunyi papan kekunci yang ditekan kuat.
Kolam mata terasa hangat. Dada kian berdebar. Aisya menghampiri Riyyadh. Dengan ego yang direndahkan serendah-rendahnya, kata maaf dilafazkan.
"Ampunkan Aisya andai Aisya ada kekurangan sepanjang menjadi isteri hubby...Aisya tak sanggup hubby berdiam diri macam ini lagi...Aisya pohon, jelaskan segala kekurangan Aisya supaya Aisya dapat baikinya demi rumahtangga kita..."
Aisya pejam mata menahan tangisan yang ingin terhambur. Tangan kekar suaminya itu cuba diraih namun ditepis.
"Aisya---"
Pak!
Meja itu dihentak kuat oleh Riyyadh. Ketegangan kian mengambil alih peranan akal.
"Kekurangan? Kekurangan kau satu je, Aisya! Kau lemah! Kenapa kau tak melawan masa Amanda tepis tangan kau?! Sampai bila kau nak tunjuk lemah depan aku?! Lawanlah sial! Jangan berharap pada aku semata-mata! Aku benci perempuan lemah macam kau ni!"
Anak mata Riyyadh mengembang besar. Turun naik dadanya bersama nafas kencang yang jelas menunjukkan barannya.
Kata-kata setajam belati itu menghancurkan hati Aisya. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.
Gelas yang dibawa Aisya tadi dilemparkan ke atas lantai. Kepingan kaca yang bertaburan turut tertusuk ke dalam kaki Aisya. Namun, Aisya menahan rasa sakit itu. Rasa sakit ini masih tidak dapat menandingi rasa sakit di hatinya.
Aisya angkat kepala. Air mata membasahi wajah lembutnya. Namun, senyuman yang ikhlas tetap Aisya ukirkan.
"Aisya minta maaf sebab selalu bergantung pada hubby..."
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...